Hiburan

“Happy Birthday B, Sedapkan?”- Comelnya! Mark Adam Gigih Buat Kek, Nervous Tunggu Isteri Rasa

gempak
Mya Amri
24/04/2020
08:10 MYT
Sponsor Banner
“Happy Birthday B, Sedapkan?”- Comelnya! Mark Adam Gigih Buat Kek, Nervous Tunggu Isteri Rasa
Sebagai seorang suami, penyanyi Mark Adam juga tidak ketinggalan untuk memberikan momori manis kepada isteri tercinta, Norazah Redzuan sempena ulang tahun kelahirannya.
Lebih indah lagi apabila pemberian itu merupakan hasil air tangannya Mark sendiri.
Menerusi akaun Instagramnya, Mark memuat naik video pendek merakamkan dirinya sedang berusaha membuat kek mengikut panduan yang diberikan.
Malah kata Mark, ini merupakan kali pertama dia mencuba untuk membuat kek sendiri tanpa bantuan orang lain. “Pertama kali tapi ikhlas! Happy Birthday @ezzpowers may all your dreams and wishes come true,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya tersentuh dan menyifatkan Mark sebagai seorang suami yang sangat sweet selain mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
“Happy Birthday to you Kak Ezan @ezzpowers, semoga sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan murah rezeki. Abang Mark pun, tahniah sebab berjaya buat kek, good job bang,” komen @arifismail_
“Comel je perangai Mark ni… Bininya pun melayan,” tulis @arinajamaluddin
“So sweet… Semoga bahagia selamanya… Bahagian kelakar yang waktu masukkn ketulan butter tu, percik keluar terus isi dalam mixer tu. Hihihi,” usik @ako_emma Terdahulu, Mark telah mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan sejak 2003.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live