Happy Birthday Karl & Aubrey, Anak Eina Azman Dipuji Kembar Paling Comel

Mya Amri
Februari 20, 2019 10:19 MYT
Anak kembar pelakon, Eina Azman iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey telah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga mereka semalam.
Bersempena dengan hari tersebut, Eina telah berkongsi beberapa foto comel pasangan kembar itu menerusi akaun Instagramnya.
“Happy Birthday to my beautiful and handsome twins @aubreykarl ? semoga menjadi anak yang baik soleh solehah, mommy and daddy ❤️ you both so much my dunia and akhirat,” tulisnya.
Dalam pada itu, foto-foto yang merakamkan gelagat Karl dan Aubrey ketika beraksi dihadapan kamera itu mendapat perhatian pengikut Instagramnya.
Rata-rata memuji kecomelan pasangan adik-beradik itu yang tidak kekok ketika bergambar.
Di sini Gempak kongsikan foto-foto comel Karl dan Aubrey yang pasti buat anda tersenyum.
Foto: Instagram @eina_azman
#pelakon #Anak #Eina Azman #Pelakon