Penyampai radio dan pengacara, Radin akui sebak setiap kali tiba sambutan Hari Bapa setiap tahun.

Menurut Radin, dia amat merindui arwah bapanya, Allahyarham Ahmad Aruani Ikhsan yang telah meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu.

"Sejujurnya, tarikh hari ini (semalam) aku agak sedih sebab rindu nak ucap 'Happy Fathers Day' sejak arwah ayah pergi 18 Oktober 2010.

"Sejak hari itu, wajah inilah (ibunya) ayah dan mama untuk kami adik-beradik. Arwah ayah pernah pesan, bila masih ada jaga elok-elok, sebab nanti bila dah takda, korang bukan hilang mak ayah korang saja, paling berharga korang hilang doa dari seorang ayah atau ibu," tulisnya menerusi Instagram Story.

Dalam perkongsian sama, Radin turut meletakkan foto bersama ibunya.

Di penghujung ayat, Radin tetap mendedikasikan ucapan Hari Bapa buat Allahyarham.

"Happy Fathers Day, Haji Ahmad Aruani Bin Haji Ikhsan, kami sayang ayah," tulisnya.



Kepada anda yang masih mempunyai bapa dan insan-insan tersayang, hargailah mereka secukupnya, tunjukkan rasa kasih sayang dan ambil berat selagi mereka masih ada.