“Happy To See Her Happy”- Que Haidar Bawa Linda Jasmine Bulan Madu Ke Istanbul

Syafiqah Jalal
Februari 23, 2019 00:31 MYT
Pelakon Que Haidar dan isteri Linda Jasmine kini berada di Istanbul, Turki untuk percutian bulan madu mereka sempena ulang tahun perkahwinan ke-10.
Pasangan itu bertolak dari Malaysia sejak tiga hari lalu dan melawat beberapa banggunan bersejarah dan menarik di Istanbul.
Que bagaimanapun gembira melihat Linda yang seronok ketika berada di sana.
“Happy to see her happy,” tulisnya.
Que berkongsi kapsyen dan foto-foto sepanjang berada di sana di akaun Instagram miliknya.
Pasangan ini berkahwin pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Tengku Ratu, 9, dan Tengku Cleopatra, 7.
Rata-rata peminatnya mendoakan kebahagian mereka.
#pelakon #Que Haidar #Pelakon #Honeymoon #Linda Jasmine