Baru 16 episod bersiaran, nampaknya drama bersiri Angkara Cinta lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen semakin mendapat tempat di hati peminat.

Kedua-dua pelakon tampan ini sering mendapat pujian di laman sosial masing-masing setiap kali memuat naik foto ‘Haqeem’ dan ‘Luqman’.

Sekurang-kurangnya 35 ribu tanda suka pada setiap gambar yang dimuat naik Hun dan Meerqeen! Fuh! Bersaing sangat kan?

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)


Sambutan penonton terhadap drama bersiri ini sekaligus membuktikan kerjaya seni Meerqeen, 19, sebagai pelakon baru semakin membuahkan impak positif.

Membawa watak sebagai Haqeem, lakonan Meerqeen betul-betul mencairkan hati wanita dengan perwatakannya yang ‘gentleman’! Memang lelaki idamanlah kan?

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)


Begitu juga dengan Hun Haqeem yang dikenali selepas drama Kampung People, membuktikan watak Luqman turut menjadi bualan peminat selepas ‘Jekfer’.

Drama 70 episod yang ditayangkan di slot Tiara Astro Prima dan Prima HD, arahan Hadith Omar ini turut menampilkan Wanna Ali, Syazwan Zulkifly, Sharifah Shahora, Nina Juren, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Ini beberapa info tentang Angkara Cinta dan para pelakonnya yang semua orang tak tahu!Angkara Cinta menceritakan tentang remaja yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem Bin Razlan.

Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.

Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama.

Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa.

Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira.

Drama Angkara Cinta bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima (105) dan Astro Go atau strim menerusi Ultra Box.

[[BACA: “Macam Cerita Korea Oit! - Gandingan Hun Haqeem & Meerqeen Raih Perhatian Netizen]]