Mungkin ramai yang sudah tahu tentang prinsip pendatang baru, Haqiem Rusli yang tidak akan menghasilkan lagu buat penyanyi wanita.
Haqiem, 19, ada sebab tersendiri mengapa dia berpegang teguh kepada prinsip tersebut dan memberitahu, dia pendiriannya itu tidak akan pernah berubah.
Selain itu, Haqiem juga satu-satunya artis lelaki yang jarang memuat naik foto bersama wanita di akaun Instagramnya.
Ketika diajukan soalan tersebut oleh wartawan Sudirman Mohd Tahir menerusi program Konti Karat, Haqiem mengakui tidak memuat naik foto bersama wanita yang tidak menutup aurat.
“Bukan nak berlagak alim atau tunjuk bagus tapi saya tidak mahu menjadi punca dosa. Tetapi saya tak pernah membataskan diri bergambar dengan peminat wanita.
“Saya mahu berubah ke arah kebaikan. Selepas sekolah saya mulai sedar tentang banyak perkara. Ramai yang beranggapan bidang muzik ini melalaikan, tapi sebenarnya banyak cara yang kita boleh lakukan ke arah kebaikan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Haqiem turut berkongsi tentang single ketiganya yang berjudul Jatuh Bangun, ciptaanya sendiri bersama Omar K.
Single tersebut bakal dimuatkan dalam album sulungnya yang sedang dalam proses pembikinan bersama empat lagu baru dan dua single sebelum ini Segalanya dan Tergantung Sepi.
Untuk mengetahui apa lagi yang dikongsi Haqiem bersama Konti Karat, jangan lupa esok jam 9 malam di saluran Astro Prima saluran 105 dan Maya HD saluran 135.
Foto: Instagram Haqiem Rusli
Fiza Kamarudin
Thu Oct 12 2017

![[VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak [VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-ya-allah-aku-tidak-mampu-sebak-lihat-farid-kamil-rindu-anak.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak
Sedihnya tengok Farid rindu anak-anak...

“Dia Suka Menyakat, Ceriakan Suasana…” - Stacy Masih Terkejut Kehilangan Abang, Kes Kemalangan Dalam Siasatan
Doakan semoga dipermudahkan urusan Stacy dan keluarga.

Tak Nak Menyesal, Baim Wong Berazam Khatam Al-Quran Ramadan Ini
Alhamdulillah...

Selepas Lagu Cover Dapat Jutaan Tontonan, Adrianna Cinta Kini Tampil Dengan Lagu Sayang
Adrianna Cinta Tampil Dengan Lagu Sayang

MODA Lancar Naskhah Eksklusif! Ada Kisah Pereka Popular Malaysia Antaranya Melinda Looi, Alia Bastamam, Rizman Ruzaini & Jimmy Choo Dalam Satu Buku
Jom dapatkan sekarang
![[VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming [VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-dah-tua-yes-gemuk-yes-tapi-boleh-berlakon-filem-aksi-eizlan-yusof-minta-hentikan-body-shaming.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming
Eizlan kata stop body shaming orang lain.

Buat Hal, Lucinta Luna Pakai Tudung Hormati Ramadan
Kali ni Lucinta Luna nak pakai tudung pula.

Harris Alif Lalui Pengalaman Menarik Isteri Hamil, Kini Tampil Dengan Lagu ‘Terindah’ - “Ketika Proses Merakam, Saya Terima Berita…”
Seronok tengok Harris sekeluarga.

“Jangan Dibunuh Periuk Nasi Orang Belakang Tabir” - Sharnaaz Beri Sebab Tak Patut Boikot Original Gangster
Ramai lagi kru yang mencari rezeki.

Siti Nurhaliza Mahu Bawa Aafiyah, Afwa Melawat Sekolah Miliknya Di Gaza
Datuk Siti teringin bawa Aafiyah dan Afwa ke Gaza.