Viral

"Haram Cium Hajar Aswad Jika Bahayakan Diri & Orang Lain" - Dr Zul

gempak
Amri Hassan
04/03/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Haram Cium Hajar Aswad Jika Bahayakan Diri & Orang Lain" - Dr Zul
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur tindakan segelintir individu yang cenderung merakamkan content ketika mengerjakan umrah di Makkah.
Ujar Dr Zul menerusi hantaran di platform X, menasihatkan orang ramai untuk meninggalkan trend memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial.
"Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya.
"Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu.
"Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan masa untuk mencipta content!” ujarnya.

BERITA TRENDING: Kongsi Video ‘Bergelut’ Bantu Kakitangan Cium Hajarul Aswad, Hafiz Mahamad Tuai Kritikan

Dalam pada itu, beliau berkata hukum mencium hajar aswad adalah haram jika menyebabkan kesakitan dan membahayakan diri serta orang lain.
"Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.
"Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kpd diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram.
"Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari," katanya.
Terdahulu, seorang pempengaruh dan usahawan terkenal memuat naik satu klip video membawa sekumpulan wanita termasuk isterinya untuk mencium hajar aswad.
Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, kelihatan lelaki terbabit terpaksa menolak dan menjerit kepada jemaah lain untuk memberi laluan kepada beberapa jemaah wanita yang dibawa bersamanya.
Sehubungan itu, rata-rata ramai mengecam tindakan lelaki itu yang dikatakan hanya berbuat demikian semata-mata untuk ‘content’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024