Usahawan dan pencipta kandungan, Hafiz Mahamad sekali lagi menuai perhatian gara-gara memuat naik sepotong video yang memperlihatkan dirinya ‘bergelut’ untuk mencium Hajarul Aswad.

Menerusi video berkenaan, Hafiz dilihat begitu bersungguh untuk mencium batu berkenaan sehingga ihram yang dikenakan terlondeh, menampakkan susuk tubuhnya.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Hafiz menjelaskan, dia berusaha untuk merealisasikan hasrat kakitangan syarikatnya yang menzahirkan hasrat kepada si isteri untuk mencium Hajarul Aswad ketika berada di Mekah.

“Alhamdulilah, semoga jadi kenangan untuk team semua,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen.

Pun begitu, Hafiz turut menerima teguran oleh pengguna media sosial yang rata-rata mengecam tindakannya itu, selain memaparkan rakaman tersebut di media sosial.

Ada juga yang menjelaskan bahawa mencium Hajarul Aswad hanyalah sebagai sunnah sahaja dan sebolehnya dilakukan tanpa memudaratkan orang sekeliling.



Sumber: Instagram

BERITA TRENDING: Gambar Isteri Dijadikan Modal Lanc*p, Ini Tindakan Hafiz Mahamad Kepada Si Pelaku

BERITA TRENDING: Berhabis RM500K, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Misi Ainaa! - "Bukan Nak Kaut Untung, Saya Buat Demi ..."