Pelakon Reen Rahim mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan kedua, dua hari sebelum Aidilfitri.

Berita dukacita tersebut turut dikongsi Reen Rahim atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim di laman sosial Instagram (IG)nya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Reen memohon kontak rapatnya bermula 6 hingga 12 Mei melaukan ujian calitan atau kuarantik kendiri.

“Kepada close contact Reen dari 6 May hingga 12 May mohon buat swab test atau kuarantin. Minta maaf semua.

“Reen buat dua test, satu NEGATIVE, And today bangun2 dapat text reen POSITIVE…Alhamdulillah yang lain kat rumah negative,” tulisnya pada hantaran yang dibuat pada Isnin lalu.

Tambah Reen dia mengambil langkah untuk mengasingkan diri dan reda terpaksa berjauhan dengan keluarga pada Aidilfitri.

“Reen ambil langkah untuk quarantine sorang di rumah berasingan dari family, dan family Reen pun Reen dah bagi AMARAN KERAS QUARANTINE KAT RUMAH, sebab takut virus lambat active tapi dah ada. Kang tak pasal-pasal satu Klang positive.

“Tapi…RAYA REEN SORANG-SORANG. Tak tahu nak react apa. Ya Allah kau kuatkanlah Amie (ibu) jangan bagi dia sedih 10 hari tak jumpa ni,” luahnya.

Pelakon Pujaan Hati Kanda ini mengaku hidup bersulam air mata sejak disahkan positif COVID-19 apatah lagi hasrat beraya dengan ibu bapa dan keluarga tidak kesampaian.

"Saya lebih rela Amie menangis di pagi raya kerana saya tiada daripada saya menangis sebab Amie terkena virus ini.... Doakan saya," katanya.

Selain Reen, Nora Danish, Nabila Huda dan Tiz Zaqyah antara yang disahkan positif wabak berkenaan.

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)