Penyanyi Korea, Eric Nam bakal hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert ‘Before We Begin Asia Tour 2020’ buat peminat tersayang.

Berita gembira disahkan sendiri oleh Eric menerusi posting di akaun Instagramnya.

“Malaysian NamNation! Harap dapat berjumpa dengan anda semua nanti,” tulisnya ringkas.

Malaysian NamNation! The venue has been CHANGED to THE BEE in KL! January 17th Hope to see you all there. ❤️❤️❤️ Tickets go on sale tomorrow at 12pm local time at ericnam.com. ⠀

A post shared by 에릭남 Eric Nam (@realericnam) on


Bertempat di The Bee, Kuala Lumpur, konsert tersebut akan diadakan pada 17 Januari ini dan dijadualkan bermula jam 8 malam.

Tiket-tiket konsert telah mula dijual pada harga RM250, RM350, RM700 (VIP).

Peminat boleh mendapatkan tiket dengan pembelian atas talian menerusi laman web www.ericnam.com.

Konsert jelajah Asia ‘Before We Begin’ inia juga turut melibatkan lima lokasi lain iaitu Taipei, Manila, Singapore, Jakarta dan Bangkok.

Terdahulu, Eric yang juga merupakan penulis lagu yang berasal dari Korea-Amerika itu telah mengeluarkan album Bahasa Inggeris pertama berjudul ‘Before We Begin’ pada November lalu.