“Harap-Harap Betul Lah Kata Doktor Dapat Baby Girl, Kalau Tak…”- Memey Suhaiza

Syafiqah Jalal
Jun 29, 2018 06:59 MYT
Pelakon Memey Suhaiza teruja apabila disahkan oleh doktor bahawa dia bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya Memey memberitahu, selepas sahaja mendapat tahu khabar berita itu dia terus membeli baju bayinya yang kebanyakannya berwarna merah jambu.
Memey berharap agar apa yang disahkan itu benar, jika tidak bayi lelakinya perlu memakai baju warna merah jambu yang sudah dibelinya.
Bagaimanapun apa yang lebih penting buatnya adalah bayi yang dilahirkan nanti sihat dan selamat.
Isteri kepada aktor Norma Hakim yang bakal melahirkan bayi ketiganya pada bila-bila masa itu meminta agar semua mendoakan proses bersalinnya nanti dipermudahkan.
Terdahulu, Memey dan Norman dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2 tahun.
Foto: IG Memey Suhaiza
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Mengandung #Pelakon #Memey Suhaiza #Norman Hakim