Pelakon Nora Danish mengundang rasa kurang senang wargamaya apabila berkongsi foto mandi buih di dalam tab mandi bersama suami, Mohamad Nedim Nazri.

Menerusi laman sosial Instagram, Nora memuat naik lima foto aksi mandi buih tersebut dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi.



Difahamkan kunjungan pasangan itu ke Pulau Mahsuri itu bagi meraikan ulang tahun kelahiran Nedim yang ke-38 bersama kenalan rapat mereka.

Walau bagaimanapun, foto tersebut telah dipadam daripada akaun Instagramnya setelah menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya.

Namun tidak kurang juga ada yang menyukai foto tersebut dengan memberikan pujian dan emoji hati.





Minggu lalu, Nora sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila mengenakan pakaian yang agak ketat sewaktu melakukan aktiviti mendaki.

Sebelum ini, Nora pernah dikritik selepas memuat naik gambar yang menayangkan bahagian belakang tubuh di Instagramnya serta momen percutian ketika di Langkawi sekitar September lalu.

Terdahulu, Nora berkahwin dengan Boss Ned berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli, Putra Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata mereka.