"Harap Pihak Atasan Block Video-Video Lucah" - Fathia Latiff

Amri Hassan
Mei 29, 2018 05:05 MYT
Pelakon sensasi Fathia Latiff merayu agar tindakan segera diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video lucah di media sosial.
Memetik kenyataan Fathia menerusi akaun Twitternya malam tadi, pelakon yang popular dengan drama bersiri Ariana Rose itu juga khuatir penyebaran video lucah boleh merosakkan akhlak remaja bawah umur.
"Saya mengharapkan pihak atasan boleh block video-video lucah yang disebarkan secara meluas sekarang ni.
"Takut rosakkan akhlak remaja bawah umur yang menggunakan sosial media tanpa bimbingan daripada penjaga iaitu ibu bapa," tulisnya yang turut menyeru nama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Saya mengharapkan Pihak Atasan boleh block video-video lucah yang disebarkan secara meluas sekarang ni. Takut rosakkan akhlak remaja bawah umur yang menggunakan sosial media tanpa bimbingan daripada Penjaga i.e ibu bapa. @chedetofficial

— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) May 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terbaharu, kecoh di Internet apabila sepotong video tidak senonoh seorang pelakon lelaki yang kini sedang popular disebarkan secara meluas.
Baca: Video Lucah Dijual RM20 Di Twitter, Peminat Minta Penjelasan Syafiq Kyle
Sebelum itu pun sekeping foto alat sulit lelaki yang dipercayai netizen milik seorang pelakon lelaki berbadan tegap turut tular di media sosial.
Saranan Fathia dalam pada itu mendapat pelbagai respon daripada pengguna Twitter.

Video ni adakala dari director indie itu sendiri - bikinan pengguna sdri, ibubapa harus lebih peka kehidupan sosial anak. Umpamanya x mberi/hadkan fon kpd remaja,or parents sendiri kurangkan masa difon & bersosial dgn anak sendiri. Ngam reman bwh syariah law je.

— Afdal Naim (@foolamak) May 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sy juga mengharapkan dpt menghukum org y dlm video tu sekali jika benar dia y lakukan . Cari punca baru dpt hapuskan masalah

— Ridzwan Sultan (@RidzwanSultan) May 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Blok video lucah yg disebarkan melalui hp adalah mustahil.Blok laman2 lucah tak mustahil @GobindSinghDeo

— InderaPutera (@PuteraIndera) May 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Twitter, @fatiyalatiff
#pelakon #Kontroversi #Pelakon #Fathia Latiff