Hiburan

Harap-Harap Jadilah Nora Danish Kahwin Tahun Ini...

gempak
Syafiqah Jalal
11/01/2017
04:07 MYT
Sponsor Banner
Harap-Harap Jadilah Nora Danish Kahwin Tahun Ini...
Gembira Miss K bila Nora Danish beritahu yang dia akan menamatkan status ibu tunggalnya pada tahun ini, tetapi tarikhnya tak pula diberitahu.
Tetapi rasanya, Miss K macam dah pernah dengar tentang berita perkahwinan Nora dan Nedim, tahun lepas.
Kalau tak silap Miss K, tahun lepas Nora pernah keluarkan kenyataan kepada sebuah portal online yang dia tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada 2016 dan sudah bersedia untuk bergelar isteri semula.
Bukan itu sahaja, cerita tentang Nora pergi tempah baju kahwin pun heboh sekejap tetapi, tiada sebarang majlis pun yang berlangsung.
Agak-agaknya apakah yang menyebabkan Nora menangguhkan perkahwinannya sehingga perancangan hendak berkahwin tahun lalu terpaksa dibawa ke tahun ini?
Miss K rasa, mungkin ada masalah atau perkara yang tidak dapat diselesaikan sehingga mereka terpaksa menangguhkannya.
Nak kata hubungan mereka ada masalah, di akaun Instagram masing-masing, nampak bahagia dan intim sampai orang kritik Nora dan Nedim berlebih-lebih dan menunjuk-nunjuk kemesraan mereka.
Eh! Jangan salah faham ok, Miss K ‘excited’ nak tengok pasangan yang paling Miss K ‘adore’ ni disatukan.
Lagipun Miss K suka melihat keakraban yang terjalin diantara anak Nora iaitu Rayqal dan Nedim yang tak ubah seperti bapa dan anak itu.
Miss K: Suka dengar lagu Nora Danish dan WARIS. Tak sangka bakal isteri Nedim ada bakat! Love sangat.
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live