Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Harga Mikrofon Pertama Shila Amzah Sama Seperti Beli Kereta Malaysia - “Macam Inilah, Mungkin Boleh Dapat…”

Asyikin Mayudin
06/10/2024 04:55 MYT
Perkongsian video di akaun TikTok Shilalas_united menarik perhatian apabila penyanyi Shila Amzah menunjukkan mikrofon berwarna ungu yang dibelinya mempunyai nama dan logo kelab peminat.

Menerusi perkongsian video itu, Shila memberitahu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.

Harga mikrofon

Biarpun tidak mendedahkan harga sebenar, Shila sempat memberi bayangan mengenai nilai mikrofonnya itu.

Kata penyanyi lagu Patah Seribu itu, harga mikrofonnya tersebut sama seperti harga sebuah kereta yang baharu.

“Macam inilah, mungkin boleh dapat kereta Malaysia atau lebih kurang dengan harga kenderaan terpakai buatan Jepun,” katanya.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat pencapaian Shila selama menjadi anak seni selain mengatakan penyanyi itu wajar membeli mikrofon tersebut meskipun harganya mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilihat Tersenyum Bahagia, Shila Amzah & Keluarga Kembali Bersatu Di Majlis Akikah Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

Hasil semakan Gempak, harga mikrofon tersebut berkemungkinan mencecah sekitar RM40,000.

undefined
#Shila Amzah #Mikrofon #Harga kereta Malaysia #Harga mikrofon #Mikrofon Shila #Shila Amzah mikrofon
;