Filem arahan Nazir Jamaluddin, Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut (JTKTAPT) ternyata mendapat sambutan luar biasa sejak mula ditayangkan di Astro First 8 Julai lalu.

Filem ini telah berada di kedudukan nombor satu dalam senarai Carta Filem Top 5 Astro First setiap hari bermula 9 Julai hingga semalam.

Dari kedudukan itu, dapat dilihat bahawa ramai penonton memilih untuk berhibur dengan filem komedi seram ini di rumah masing-masing.

Carta itu diikuti filem Sabda Kekasih, Masuk Jawi, Chomel dan The Ghoul: Horror At The Howling Field untuk tempat kedua hingga kelima setakat 13 Julai 2021.

Filem yang tidak berat sebegini sesuai dijadikan hiburan di rumah ketika kita semua masih berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19 ketika ini.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


JTKTAPT menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Mark Adam, Amerul Affendi, Shuk Sahar, Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Dalimawati, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Sedikit mengenai jalan cerita filem ini, ia mengisahkan tentang tiga sahabat karib, Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung.

Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing menanggung malu. Mereka juga gagal mencuri di rumah Tok Bomoh dan dihalau oleh keluarga masing-masing.

Selepas itu, Dol dan Leman bertekad pindah ke Kuala Lumpur, pelbagai kejadian berlaku dalam perjalanan mereka terutamanya ketika mereka bermain permainan kongsi kisah seram dalam kereta yang ditumpang.

Nak tahu lebih lagi? Jangan lupa menonton JTKTAPT okay!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.