"Hari-Hari Gementar Sampai Termimpi-Mimpi" - Mia Ahmad Kongsi Rasa Gemuruh Nak Bersalin

Rozaimi Zubaidi
September 13, 2018 07:46 MYT
Pelakon Mia Ahmad mengakui gementar untuk melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi.
Menerusi entri di Twitter, Mia sempat bertanyakan kepada pengikutnya mengenai tanda-tanda sebelum mengetahui saat kelahiran bayinya itu.
"Mommy selalunya boleh sense tak masa yang betul bila baby nak keluar? Hari-hari nervous la kita ni sampai termimpi-mimpi," tulisnya.

Mommy selalunya boleh sense tak masa yang betul bila baby nk keluar? Hari2 nervous la kita ni sampai termimpi-mimpi ?

— mia.ahm4d (@MiaAhmad) September 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata pengikutnya berkongsi beberapa tips saat melahirkan dan ada juga mendoakan agar proses bersalin Mia dipermudahkan.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
#pelakon #Mia Ahmad #Pelakon