Hiburan
"Hari Ini Adalah Hari Yang Penuh Bermakna" - Amyra Rosli Hamil Anak Kedua
Pelakon Amar Baharin mengumumkan isterinya, aktres Amyra Rosli hamil anak kedua.
Berita gembira itu dikongsi Amar menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini yang juga hari ulang tahunnya yang ke-34.
Amar berasa gembira dan mengucapkan syukur di atas kurniaan rezeki itu dan menganggap ia merupakan hadiah hari lahir yang paling bermakna.
"Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas rezeki ini," tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan, rata-rata pengikut Amar mengucapkan tahniah dan tumpang gembira mendengar berita itu.
Sementara itu, Amar turut berkongsi detik manis sambutan hari lahirnya di YouTube.
Dalam video itu, Amar kelihatan memegang alat ujian kehamilan yang menunjukkan kehamilan isterinya selama tiga minggu.
"Hari ini 1 July 2019 adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yang ke-34, isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah pregnancy test," tulisnya.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.
Must-Watch Video