Pelakon dan pengarah, Erma Fatima kecewa kerana penerbangannya untuk ke tanah suci bagi mengerjakan umrah terlepas.

Erma memberitahu gara-gara hendak mengejar waktu sembahyang, dia bersama dua orang anak angkatnya, Citra dan Nurain tidak dapat menaiki penerbangan tersebut.

“Kali ini pergi umrah aku siap packing awal sebab bawa dua anak aku ni.

“Sampai lapangan terbang dan check in settle by 2.30. Kami masuk lounge dan tanya sempat lagi tak nak solat? Orang kaunter tu jawab sempat 10 minit.

“Kami pun solat. Habis solat terus ke gate. Tidak singgah mana pun. Kami sampai 3.10 minit. Gate tutup mereka kata mereka tengah nak keluarkan bag ku. Penerbangan jam 3.25 petang,” ceritanya.

Erma berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia kemuat naik video bersama anak-anak di lapangan terbang.

Erma berkata oleh kerana itu dia tiba-tiba berfikir selama ini dia banyak melengahkan solat tapi kali ini kerana hendak mengejar waktu dia tertinggal penerbangan.

“Menangis rasanya..mata anak-anak aku dah merah. Yang pertama masuk dalam kepala aku adalah selama ini aku banyak melengahkan waktu solat tapi hari ni aku kejar waktu nak solat tapi Allah terlepaskan flight aku.

“Aku reda, cuma nak tanya kenapa orang di kaunter lounge penerbangan kata sempat kononnya?” Katanya lagi.

Kali ni pi umrah aku siap packing awal sbb bwk 2 anak aku ni. Sampai airport check in settle by 2.30. Kami masuk lounge dan tanya sempat lg tk nk solat? Org kaunter tu jawab sempat 10 minit. Kami pun solat..hbs solat terus ke gate. Takde singgah mana pun. Kami sampai 3.10 minit. Gate tutup depa kata dia org tengah nk keluarkan bag ku. Flight 3.25ptg. Nak menangis rasanya..mata anak2 aku dah merah. Yg pertama masuk dlm kepala aku adalah selama ini aku byk melengahkn waktu solat tapi hari ni aku kejar waktu nk solat tapi allah missed kn flight aku. Aku redha ??? CUMA nk tanya kenapa org kt kaunter lounge penerbangan kata SEMPAT kononnya??????

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Bagaimanapun, menerusi entri terbaharu Erma dan anaknya dilihat telah menaiki penerbangan keesokan harinya demi menunaikan ibadah umrah.

Erma akui reda.

“Alhamdulilah, moga ada hikmahnya nanti...” tulisnya di dalam kapsyen.

Selain Citra dan Nurain, Erma mempunyai tiga orang anak angkat lain iaitu Syamil Ikhwan, 26, Ahmad Arir, 25, dan Ahmad Aifin, 22

Alhamdulillahhhhhhhh...moga ada hikmahnya nanti.

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on