Hiburan

"Hari Ini Genap 10 Tahun Pemergian Abangku..." - Tajul Tidak Pernah Lupa Tarikh Achik Pergi

Badrul Hashim
17/04/2020
08:30 MYT
Saban tahun, penyanyi dan pelakon Tajul Ariff Noor Md. Shari atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya Tajul tidak pernah lupa dengan tarikh 17 April.
Tarikh 17 April merupakan tarikh pemergian abangnya, juga seorang penyanyi dan pelakon yang dijemput Illahi sepuluh tahun dulu.
Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Lekas.
Dan setiap kali 17 April muncul, Tajul pasti memuat naik entri tentang pemergian abang kesayangannya itu di Instagram miliknya.
"Al-fatihah, hari ni genap 10 permergian arwah abangku. Rindu yang teramat dekat kau bancik," tulis Tajul ringkas tapi penuh kerinduan.
Semua yang meninggalkan komen turut mengucapkan salam takziah beserta bacaan Al-Fatihah untuk arwah Achik.
Tidak lupa juga dengan mereka yang masih mengingati kenangan ketika arwah Achik bersama kumpulan Spin meniti zaman kegemilangan pada tahun 90an dulu.
Semoga Allahyarham Abdillah Murad di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

gempak
24/07/2024
17:00 MYT
Abang kepada Allahyarhamah Nur Farah Kartini iaitu Mohd Farriza Azmi mendakwa dirinya ada berjumpa dengan lelaki yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan adiknya sebelum suspek berkenaan ditahan pihak polis.
Viral

"Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

gempak
21/07/2024
01:50 MYT
Abang kepada mangsa bunuh Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi Abdullah tampil mengemaskini perkembangan terbaharunya menziarah pusara adiknya di Tanah Perkuburan Kampung Nyuir Manis, Pekan, Pahang pada Sabtu.
Viral

Keluarga Farah Kartini Mohon Henti Keluar Kenyataan Gores Hati

gempak
16/07/2024
15:24 MYT
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Viral

"Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

gempak
16/07/2024
09:33 MYT
“Dia seorang yang ceria dan tak pernah cerita apa-apa masalah,” demikian kata  Mohd Farriza Azmi Abdullah, 28, abang kepada arwah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, hari ini.
Viral

Abang Farah Kartini Ke Lokasi Penemuan Mayat

gempak
16/07/2024
00:29 MYT
"Saya sedang tunggu pengesahan jika benar itu dia (Nur Farah Kartini)," kata penyelia wanita mengenai penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 yang dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang Rabu lalu.