Hiburan

Hari Pertama Sekolah, Arrian Shah Tak Mahu Pulang

gempak
Syafiqah Jalal
03/01/2017
11:31 MYT
Sponsor Banner
Hari Pertama Sekolah, Arrian Shah Tak Mahu Pulang
Penyanyi Tomok memberitahu anaknya, Arian Shah Akid tidak mahu pulang selepas hari pertama sesi persekolahannya tamat.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 32, menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya melaporkan keadaan Arrian pada hari pertama menghadiri pra sekolah.
Menerusi entri tersebut Tomok memuat naik foto anaknya yang kini berusia empat tahun, lengkap berpakaian seragam pra sekolah.
Berikut merupakan entri berkenaan:
Pun begitu, Tomok tidak menjelaskan pula mengapa anaknya berkelakuan begitu.
Namun rata-rata pengikut IG miliknya itu berpendapat Arian terlalu teruja di hari persekolahan sehingga tidak mahu pulang.
Ramai juga memuji kecomelan Arian yang memakai pakaian seragam pra sekolah berkenaan.
Selain Arian, Tomok telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata bernama Andrasha Iman yang berusia setahun.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live