Berita

“Hari Yang Menyedihkan Itu Akhirnya Tiba Juga...”- Sebak! Nukilan A. Aida Buat Anaknya

gempak
Syafiqah Jalal
22/07/2019
06:29 MYT
Sponsor Banner
“Hari Yang Menyedihkan Itu Akhirnya Tiba Juga...”- Sebak! Nukilan A. Aida Buat Anaknya
Produser terkenal Datuk A. Aida tidak dapat menahan rasa hiba apabila buat pertama kalinya berpisah dengan anaknya Wan Azevanatassha, 18, yang melanjutkan pelajaran ke UiTM Lendu, Melaka.
Pun begitu, A. Aida akui dia perlu reda dan menerima kenyataan bahawa anaknya kini sudah besar dan berhak untuk memilih yang terbaik buat masa depannya.
Aida menerusi akaun Instagram miliknya menulis nukilan khas buat anaknya yang ditatang dengan minyak yang penuh sejak kecil lagi.
“Hari ini hari yang penuh dengan rasa hiba buat saya sebagai ibu. Sekejap tenang, sekejap agak resah gelisah yang amat. Sungguh... Sukar untuk digambarkan dengan kata apa dalam dada ini.
“Hari yang 'menyedihkan' itu akhirnya tiba juga dan kami akan berpisah bumbung selepas 17 tahun dia lahir dari perut saya.
“Semua ibu akan melalui episod yang saya rasai hari ini. Anak ke-2, @azevanatassha akan secara rasminya berpindah ke Melaka, menyambung pelajaran di sana. Tasha yang saya besarkan dengan airmata bersama kakaknya @az_aleesa dan @rahul_a.aida suatu ketika dahulu, Alhamdulillah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran.
“Anak Mama yang baik, anak Mama yang cantik. Anak Mama yang tidak pernah sekalipun menyusahkan meskipun suatu ketika kehidupan kami bukanlah terus jadi senang.
“Ketika saya susah, @azevanatassha dan kakaknya @az_aleesa lah yang memberi kekuatan dan bayangkan, hari ini dia akan pergi meninggalkan saya, demi meneruskan kehidupan.
“Pun saya tetap bersyukur kerana dia bakal meneruskan cita-citanya di dalam negara, dan dia memilih untuk mendengar kemahuan saya untuk tidak menyambung pelajaran ke oversea.
“Pun, rupa-rupanya rasa perpisahan itu tetap sama. Jauh ke, dekat ke, hati ibu ini tetap sangat sayu. Sangat syahdu... Pun saya akur. Anak aku ni sudah 18 tahun tau. Dan Tasha bukan lagi kanak-kanak... Dia sudah berhak memilih yang terbaik untuk masa depannya sendiri.
“Tak apalah Tasha...Mama redho seredho-redhonya walaupun selepas ini Mama tak boleh tengok Tasha depan mata hari-hari. Kena tunggu seminggu atau sebulan nak jengok Tasha. Oh! Anakku Tasha...Mama melepaskan Tasha dengan doa yang tidak pernah sedikit.
“Mama membesarkan Tasha menjadi anak yang baik dan berguna untuk membuat kebaikan kepada insan lain. Teruslah menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur dan sentiasa berbaik sangka sesama manusia.
“Doa Mama akan selalu ada buat Tasha, sehinggalah ke hujung nyawa Mama. Teruslah menjadi manusia yang baik anakku..Mama Love you so much! #uitmlendu,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Aida memuat naik fotonya bersama anaknya itu yang difahamkan berada di pusat pengajian tersebut.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memahami perasannya itu.
Malah mereka turut memberi kata-kata semsbgat buat Aida serta mengucapkan tahniah buat anaknya.
Aida baru shaaja bercerai dengan Ariff aziz pada 25 April selepas rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama sembilan bulan sahaja.
A Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha, 17.
Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 10.
View this post on Instagram
Hari ini hari yang penuh dengan rasa hiba buat saya sebagai ibu. Sekejap tenang, sekejap agak resah gelisah yang amat. Sungguh... Sukar untuk digambarkan dengan kata apa dalam dada ini. Hari yang 'menyedihkan' itu akhirnya tiba juga dan kami akan berpisah bumbung selepas 17 tahun dia lahir dari perut saya. Semua ibu akan melalui episod yang saya rasai hari ini. Anak ke-2, @azevanatassha akan secara rasminya berpindah ke Melaka, menyambung pelajaran di sana. Tasha yang saya besarkan dengan airmata bersama kakaknya @az_aleesa dan @rahul_a.aida suatu ketika dahulu, Alhamdulillah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran. Anak Mama yang baik, anak Mama yang cantik. Anak Mama yang tidak pernah sekalipun menyusahkan meskipun suatu ketika kehidupan kami bukanlah terus jadi senang. Ketika saya susah, @azevanatassha dan kakaknya @az_aleesa lah yang memberi kekuatan dan bayangkan, hari ini dia akan pergi meninggalkan saya, demi meneruskan kehidupan. Pun saya tetap bersyukur kerana dia bakal meneruskan cita-citanya di dalam negara, dan dia memilih untuk mendengar kemahuan saya untuk tidak menyambung pelajaran ke oversea. Pun, rupa-rupanya rasa perpisahan itu tetap sama. Jauh ke, dekat ke, hati ibu ini tetap sangat sayu. Sangat syahdu... Pun saya akur. Anak aku ni sudah 18 tahun tau. Dan Tasha bukan lagi kanak-kanak... Dia sudah berhak memilih yang terbaik untuk masa depannya sendiri. Tak apalah Tasha...Mama redho seredho-redhonya walaupun selepas ini Mama tak boleh tengok Tasha depan mata hari-hari. Kena tunggu seminggu atau sebulan nak jengok Tasha. Oh! Anakku Tasha... Mama melepaskan Tasha dengan doa yang tidak pernah sedikit. Mama membesarkan Tasha menjadi anak yang baik dan berguna untuk membuat kebaikan kepada insan lain. Teruslah menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur dan sentiasa berbaik sangka sesama manusia. Doa Mama akan selalu ada buat Tasha, sehinggalah ke hujung nyawa Mama. Teruslah menjadi manusia yang baik anakku.. Mama Love you so much! #uitmlendu
A post shared by A Aida Awang (@a_aidaproduction) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live