Hiburan
Haridz Suhaile Belajar Berlakon Dari Isma Yusoof
Pelakon muda yang sedang menempa nama, Haridz Suhaile mengakui pernah belajar teknik lakonan daripada pelakon dan pengarah sensasi, Isma Aizal Yusoof.
Kata Haridz, 25, untuk menjadi pelakon selain bakat yang ada dia perlu melengkapkan diri dengan ilmu bermanfaat.
"Untuk memantapkan mutu lakonan, saya ada menyertai kelas lakonan yang dianjurkan oleh pengarah Isma Yusoof sebelum ini.
"Saya akui banyak ilmu yang saya peroleh untuk menjadi seorang pelakon," katanya kepada Gempak.
Muncul pertama kali menerusi drama Dia Kembarku, Haridz akui minatnya dalam bidang seni semakin mendalam.
"Selepas itu timbul minat untuk lebih serius, meskipun pada peringkat awalnya lebih kepada minat untuk mencuba sahaja.
"Hasrat saya berkecimpung dalam lakonan ini bukan sekadar nak kejar populariti, kalau boleh saya nak raih seberapa banyak pengalaman sebagai seorang pelakon," tambahnya.
Haridz yang juga pemegang Diploma Syariah Dan Undang-Undang dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) turut diberi peluang untuk memegang watak utama dalam telefilem Rock Sampai Jannah.
Telefielm itu akan memulakan penggambaran pada Ogos dan turut menampilkan barisan artis seperti Afiq Syazwan, Sharul Kamal dan Ayie Floor88.
“Saya tidak sangka akan diberi peranan watak utama untuk telefilem ini. Apa pun saya berterima kasih kepada penerbit Khalisya Consultant Sdn. Bhd. untuk peluang yang diberikan," ujarnya.
Must-Watch Video