Hiburan
"Hari-Hari Buat Panggilan Video" - 9 Bulan Tak Jumpa, Nadiyah Shahab Rindu Keluarga Di Singapura
Pelakon Nadiyah Shahab akui sepi apabila sudah hampir sembilan bulan tidak menjenguk keluarganya di Singapura.
Jelas Nadiyah, jika sebelum ini dia akan pulang setiap bulan ke Singapura, kini terpaksa melepaskan rindu dengan panggilan video.
"Sebelum ini, setiap bulan pasti saya akan pulang ke Singapura, tetapi kini sudah hampir sembilan bulan saya tak dapat bertemu ahli keluarga.
"Adakalanya akan ada perasaan 'lonely' sebab berjauhan dengan ibu bapa. Memang saya terlalu rindukan mereka dan setiap minggu saya akan buat panggilan video," katanya.
Nadiyah ditemui pada majlis sidang media dan menandatangani kontrak bersama pengurusan milik suaminya, Ben Ali, iaitu Absolut Talents & Management.
Nadiyah antara 10 selebriti yang bernaung di bawah pengurusan terbabit.
Selebriti terbabit ialah Ikmal Amry, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Nabil Aqil, Najla Shamsul, Harris Annuar, Aisar Khaleed, Nurin Afiqah dan Yasmine Ow.
Must-Watch Video