BERITA

"Hari-Hari Gementar Sampai Termimpi-Mimpi" - Mia Ahmad Kongsi Rasa Gemuruh Nak Bersalin

Rozaimi Zubaidi 13/09/2018 | 07:46 MYT
Pelakon Mia Ahmad mengakui gementar untuk melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi.
Menerusi entri di Twitter, Mia sempat bertanyakan kepada pengikutnya mengenai tanda-tanda sebelum mengetahui saat kelahiran bayinya itu.
"Mommy selalunya boleh sense tak masa yang betul bila baby nak keluar? Hari-hari nervous la kita ni sampai termimpi-mimpi," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata pengikutnya berkongsi beberapa tips saat melahirkan dan ada juga mendoakan agar proses bersalin Mia dipermudahkan.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
#pelakon #Mia Ahmad #Pelakon