Hiburan
“Hari-hari Tengok Makan Murtabak Manis & Bak Mie” – Aaron Aziz Seronok Dapat Rasa Pengalaman Perkahwinan Di Indonesia
Pelakon Aaron Aziz teruja dapat merasai pengalaman istiadat perkahwinan di Indonesia.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
“Alhamdulilah di kampung halaman Babakan Cirebon. Best jugak dapat experience perkahwinan di Indonesia. Meriah sangat.
“All went well… Alhamdulilah 3 days in JKT and 2 days in Cirebon. Hari-hari tengok budak-budak and mak budak makan murtabak manis and Bak Mie.
“Walaupun abang tak faham abang ikut kan. Walaupun panas, abang tetap hati dingin tengok family happy.
“Tu tak bermakna Abang nak pergi winter holiday, jangan salah faham ye datin sis,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji Aaron dan keluarga selain mengucapkan selamat datang ke negara berkenaan.
Terdahulu, Aaron dan keluarga hadir ke Indonesia untuk menghadiri perkahwinan pembantu rumahnya Nopikah Kardi yag telah berkhidmat kepada mereka selama hampir 12 tahun.
Must-Watch Video