Hiburan

Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

gempak
Umirah Halim
15/11/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.

Ruhainies demam on-off 4 hari

Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun Instagram Story, Ruhainies memuatnaik video memaparkan dirinya sedang menerima rawatan doktor.

Menurut Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia telah dipaksa untuk melawat ke klinik kerana telah mengalami demam selama 4 hari.

“Kena paksa pergi jumpa doktor, 4 hari asyik demam on off,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Difahamkan, pelakon drama Terjerat itu juga menghadapi rasa fobia terhadap jarum.

“Saya datang (klinik) sebab ingatkan tak kena jarum, tapi kena scam ya,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Zul Ariffin, Ruhainies Dikaitkan Dengan Azrel Ismail Pula...Ini Respons Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Sedang Jalani Misi Selawat 1000 Kali Sehari Selama 40 Hari - “Kita Perempuan Kalau…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Difitnah Sudah Berkahwin Dengan Zul Ariffin, Mohon Netizen Tak Terpedaya - “Saya Tahu Korang Lebih Bijak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

Reaksi spontan Ruhainies yang takut akan jarum ketika menerima rawatan daripada doktor itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Antara komen yang diterima termasuk;

“Macam mana la bersalin nanti macam-macam jarum kena oi.

“Comel lah Ruhainies ni, manis.

“Sama macam saya takut jarum doktor.

“Saya takut jarum juga tapi tidak lah begini,” komen beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024