Hiburan

Harimau Malaya 1980 Kisah Kejayaan Pasukan Bola Sepak Malaysia

Ahmad Shah
15/09/2016
21:00 MYT
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, Astro dengan berbesar hati telah melancarkan sebuah dokumentari khas bertajuk Harimau Malaya 1980 bagi meraikan detik-detik bersejarah pasukan bola sepak Malaysia.
Harimau Malaya 1980 bakal menyorot kembali ceritera pasukan bola sepak pada tahun 1980 yang begitu berinspirasi, serta semangat juang mereka untuk melayakkan diri menuju Sukan Olimpik Moscow 1980.
Dokumentari ini juga bakal mendekati kisah peribadi para pemain yang telah membentuk pasukan tersebut. Buat pertama kali selepas 36 tahun, ahli pasukan tersebut telah berkumpul semula untuk menjayakan sebuah dokumentari.
Harimau Malaya 1980 turut menyaksikan sesi temubual eksklusif bersama barisan legenda seperti Dato’ Soh Chin Aun, Hassan Sani, James Wong, Datuk Santokh Singh; jurulatih mereka, Karl-Heinz Weigang; pengulas sukan veteran, Tuan Haji Zulkarnain Hassan; ahli keluarga para pemain; dan bekas Menteri Luar Negeri, Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail.
Dokumentari ini bakal menjejaki detik-detik suka, duka, semangat juang mereka bagi mencapat matlamat utama mereka untuk melayakkan pasukan mereka berentap di Olimpik Moscow pada tahun 1980. Berdurasi selama 90 minit, dokumentari ini telah diterbitkan olah Basir Siswo dengan kerjasama khas, Chiu Keng Guan (Ola Bola).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, menerusi dokumentari berkenaan pihak Astro ingin menceritakan kepada rakyat Malaysia mengenai kisah wira negara yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran sehingga menjadikan mereka sebuah pasukan terunggul dan dihormati rakyat negara ini.
"Kami berharap agar kisah perjuangan mereka ini akan terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi di masa akan datang.
"Harimau Malaya 1980 merupakan lambang kebanggaan rakyat Malaysia dan kisah perjuangan mereka ini mengingatkan kita akan kepentingan semangat berpasukan, perpaduan dalam mengamalkan kepelbagaian bangsa selain memiliki kekuatan menerima perbezaan di antara satu sama lain," kata Rohana.
Tayangan perdana Harimau Malaya 1980 adalah pada malam ini, 16 September 2016, jam 9.00 malam menerusi dua saluran serentak, Astro Arena (Saluran 801 dan Saluran HD 802), Astro Supersport HD (Saluran 831) dan juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro on the Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dokumentari Burning Sun Dedah Fakta ‘Red Room’, Pengunjung Wanita Diberi Dadah, Diperkosa

gempak
24/05/2024
14:55 MYT
Filem dokumentari Burnin Sun: Exposing the Secret Kpop Chart Groups yang disiarkan sejak 19 Mei lalu di BBC telah menyalurkan fakta yang tidak pernah diungkapkan sekaligus memberi banyak kejutan kepada masyarakat.
Hiburan

Hannah Yeoh Tegur Pakaian Joe Flizzow - "Dia Selalu Pakai Seluar Baggy, Baju Tak Tuck In"

gempak
04/03/2024
03:55 MYT
Perkongsian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengenai perwatakan penyanyi rap terkenal yang juga penerbit muzik, Joe Flizzow ketika zaman persekolahan tular di aplikasi TikTok.
Hiburan

Celine Dion Hasilkan Dokumentari Perjalanan Hidup Derita Penyakitnya, SPS

gempak
01/02/2024
13:20 MYT
Bukan menyapa peminat menerusi persembahan pentas, Celine Dion sebaliknya bakal mengubat kerinduan dengan penerbitan sebuah dokumentari tentang dirinya.
Laman Utama

Netizen Kurang Puas Hati Dengan Dokumentari MH370: The Plane That Disappeared, Sifatkan Macam Konspirasi

gempak
12/03/2023
13:50 MYT
MH370: The Plane That Disappeared menemui penonton di platform Netflix, bermula Rabu.
Laman Utama

“Saya Dah Mati Banyak Kali…”- Bangun Selepas Jatuh, 4 Kisah Dalam Andai Tiada Covid Beri Inspirasi

gempak
17/09/2021
23:08 MYT
Ini 5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Dekatnya Cinta