,
Laman Utama

Netizen Berbulu Telinga, Haris Tampil Ulas Balik Kenyataan 'Tak Akan Saya Pula Nak Angkat Beras'

Amri Hassan
25/03/2022
01:55 MYT
Suami kepada selebriti popular Neelofa, Haris Ismail tampil mengulas semula kenyataannya dalam sepotong klip video yang tular di Twitter baru-baru ini.
"Ada di Twitter satu tulisan sebegini dan outcome kepada tulisan ini menyatakan Haris menyuruh isteri membawa masuk beras ke dalam rumah.
"Sebenarnya bukan itu maksudnya dan kalau didengar betul-betul dengan hati terbuka, maksudnya ialah supaya isteri itu dianjurkan untuk memasak.
"Tapi kepada mereka yang bekerja dan ada tanggungjawab di luar, kalau tak sempat tak menjadi satu dosa dan masalah.
"Berbalik pada video ini apa yang nak disampaikan adalah kerana orang lelaki itu wajib menyediakan tempat tinggal. Orang lelaki kalau mampu sediakan tempat tinggal tak kisah beli atau sewa maka dia boleh berkahwin atau dianjurkan untuk berkahwin.
"Orang lelaki dilebihkan beberapa perkara daripada orang perempuan dan dia mesti bagi nafkah dan infaqkan harta kepada isteri dan anak-anaknya. Itu maksud yang nak disampaikan.
"Tidak boleh kita suruh isteri kita angkat beras berat-berat masuk rumah. Tak boleh kita minta isteri baiki bumbung bocor, tak boleh. Itu perkara yang menzalimi," jelasnya tenang.
Terdahulu tular sepotong klip video memaparkan Haris memberikan tip tentang rumah tangga.
"Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan, tapi kalau tak ada orang nak masak? Takkanlah saya pulak yang kena angkat beras, takkan saya pula kena belajar?" katanya menerusi video itu.
Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Dalam masa sama, pengguna Twitter yang berkongsi video terbabit seakan-akan mempersoalkan kelayakan Haris untuk dipanggil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai speaker.
Untuk rekod, Haris berkahwin dengan Neelofa pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.