HIBURAN
Harith Iskander, Cecelia Yap Dikompaun RM10,000
Pelakon dan pelawak, Harith Iskander serta Cecelia Yap Song masing-masing dikompaun RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ia berkaitan dengan kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam di Facebook, bulan lalu.
BERITA TRENDING: Dakwa Harith Iskander Buat Lawak Persenda Agama, Shahrol Shiro Beri Teguran Terbuka - “Perkara Ini Sudah Melampau!”
BERITA TRENDING: Harith Iskander, Keluarga Terima Ugutan Bunuh, Punca Persembahan Di DFP Dibatalkan!
Menerusi kenyataan, SKMM memaklumkan kompaun berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025."Meta telah menurunkan kandungan tersebut dan permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat.
"Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta," katanya pada Rabu.
Cecelia didakwa menimbulkan kontroversi berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam berkaitan isu 'ham' manakala Harith Iskander didakwa memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan hamsap kopi berharga RM5.50.
BERITA TRENDING: Bekas Isteri Harith Iskader Menangis Luar Mahkamah
Dalam hantaran itu, pelawak selebriti tersebut menyatakan dia berasa keliru dan imannya tergugat kerana ia mengandungi perkataan 'ham'.Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video