Pelakon Harris Annuar memaklumkan dirinya kini sudah menerima kebenaran pelepasan daripada melakukan isolasi selepas disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19.

Berita gembira itu dikongsikan Harris menerusi satu hantaran di Instagram selepas 12 hari melakukan pengasingan kuarantin kendiri sejak 4 Januari lalu.

"Alhamdulillah Ya Allah atas segala dugaan ini. Insya ada manisnya selepas ini.

Aku dah boleh keluar, tapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pula. Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Sesudah kesulitan, ada kesenangan," katanya.

Dalam entri berkenaan, Harris turut berkongsi surat pelepasan isolasi yang diterimanya dari Kementerian Kesihatan.

Harris kemudian turut membuat kejutan kepada ibunya, usahawan, Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton sebaik dibenarkan pulang ke rumah.

"Lamanya tak tengok, rindunya. Aboi (panggilan Harris) kurus gelap hitam, kenapa?

"Dah dapat surat pelepasan? Alhamdulilah, tapi Aboi kurus sangat, susah ke duduk di luar? Kenapa?," tanya ibunya sebaik melihat kehadiran Harris di muka pintu.

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)


Bagaimanapun, Harris menjelaskan kepada ibunya, kehidupannya baik-baik sahaja sepanjang tempoh kuarantin.

Terdahulu, Harris disahkan positif Covid-19, selepas pulang daripada bercuti di Langkawi.

BACA: Harris Annuar Sah Positif Jangkitan Covid-19