Personaliti Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan popular dari, Indonesia Armada Band ke Sabah bagi menjayakan konsert Armada - Janji Bahagia yang dijadualkan berlangsung di Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah) SICC pada 4 November depan.



Menurut Harris, mereka memilih Armada kerana kumpulan itu merupakan antara kugiran Indonesia yang popular dan banyak lagu-lagu mereka dikenali di Sabah.

“Kami berharap mendapat sokongan daripada peminat Armada Band di Sabah dan sekali gus memeriahkan lagi aktiviti pelancongan serta mengalakkan lebih banyak persembahan konsert di sana.

“Selain itu, kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai satu tarikan untuk penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk datang menyaksikan bersama persembahan Armada band secara live,” katanya.



Armada yang diangotai oleh vokalis Rizal Adi, drummer Meri Yandi dan guitarist Andika Maihendra bakal menyampaikan 18 buah lagu. Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan termasuklah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia dan Pergi Pagi Pulang Pagi.

Menurut Harris juga, mereka sedang meneliti beberapa nama penyanyi tempatan Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan bakal pada konsert ini.

Konsert tersebut merupakan projek pertama Harris bersama isteri, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation. Fokus Jeeharris Corporation ialah menjurus kepada pengurusan acara dan konsert. Syarikat ini telah banyak menjayakan pelbagai acara karnival di Sabah dan konsert ini merupakan konsert pertama anjuran mereka.

Tentang perancangan lanjut mengenai syarikatnya, Harris berkata, mereka akan membawakan lebih ramai lagi artis luar negara untuk mengadakan persembahan di Sabah. Dalam pada itu mereka kini dalam perbincangan untuk membawakan band lain untuk mengadakan persembahan pada Januari 2024.



Tiket telah mula dijual di www.myticket.asia pada 24 Julai lalu pada harga bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet).

Untuk informasi terkini anda juga boleh ke Instagram dan Facebook @jeeharriscorporation.

BACA: Rai Ulangtahun Ke-19, Repvblik Band Datang Berkonsert Di KL Ogos Nanti! Yuletta Yucha Jadi Opening​