HIBURAN

Harta RM366 Juta Barbie Hsu Jatuh Kepada Suami  & Dua Anak

Maliah Surip 05/03/2025 | 14:29 MYT
Bintang terkenal Taiwan, mendiang Barbie Hsu yang meninggal dunia kerana pneumonia selepas dijangkiti influenza ketika bercuti di Jepun pada awal bulan lalu diketahui meninggalkan sejumlah harta atau aset yang cukup banyak.

BERITA TRENDING: Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu Meninggal Dunia Pada Usia 48 Tahun

Semua aset dan harta yang dimiliki Hsu adalah hasil dirinya bekerja keras sepanjang menjadi anak seni sama ada sebagai penyanyi, pelakon, hos, model dan wajah untuk kempen beberapa syarikat terkenal.

BERITA TRENDING: Hero Meteor Garden, Jerry Yan Kenang Pesan Barbie Hsu: “Raikan Hari Ini Seperti Yang Terakhir”

Kini selepas sebulan pemergian bintang Meteor Garden itu, media tempatan China Times melaporkan aset Hsu sebanya RM366 juta akan mula diagihkan.
Hsu yang meninggal dunia pada usia 48 tahun didakwa memberi wasiat aset miliknya kepada suami, DJ Koo atau nama sebenarnya, Koo Jun Yup dan dua anak daripada hasil perkahwinan terdahulu bersama Wang Xiaofei.
Daripada RM366 juta, ketiga-tiga penerima akan menerima jumlah wasiat yang sama banyak.
DJ Koo dan dua anak perempuan Hsu dilaporkan akan menerima sekitar RM122 juta setiap seorang. Bagaimanapun aset dua orang anaknya akan diuruskan oleh bekas suami sehingga mereka cukup umur. Xiaofei juga menerima hak asuh anak mereka.

BERITA TRENDING: Bekas Suami Beri Respons Diri Curang, Barbie Hsu Kahwin Mantan Kekasih

Terdahulu DJ Koo menerusi kenyataan di Instagram memaklumkan aset yang ditinggalkan mendiang isterinya adalah hasil usaha keras bekerja.
“Semua aset yang dimiliki Hsu adalah hasil usaha keras dia bekerja selama ini. Semua aset ini dikumpul demi memberi keselesaan dan melindungi kehidupan masa depan anak-anaknya.
“Jadi saya tidak akan terlibat. Saya serahkan semua keputusan kepada ibu mentua saya,” tulisnya yang berkahwin dengan Hsu pada 2022 lalu.
#Viral #Anak #Suami #Barbie Hsu #Harta