Pempengaruh popular Khairul Aming menyalurkan sebahagian daripada wang hasil jualan Sambal Nyet ke tabung Cinta Gaza Malaysia demi membantu umat Islam di wilayah bergolak itu.

Berkongsi maklumat terbabit di media sosialnya, seru Khairul Aming agar rakyat turut sama membantu memenuhkan tabung terbabit untuk disalurkan ke sana.

"Hari ni kita salurkan Rm 100k daripada Sambal Nyet ke tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di sana. Sumbangan ini datang daripada sokongan anda semua selama ni.

"Dalam masa yang sama I want to help CGM untuk penuhkan crowdfunding 10 juta ringgit yang diperlukan untuk bantuan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan search & rescue dan lain-lain lagi. Buat masa sekarang dah 6 juta ringgit terkumpul. Tak lama lagi bumi Gaza akan masuk musim sejuk.

"Jadi jom kita ajak ramai2 untuk penuhkan tabung ni and you guys boleh cari link untuk menderma di semua profile social media saya. Kalau anda tak dapat menderma, jangan sesekali risau.

"Yang penting kita bantu dengan doa, ambil tahu dan sebarkan awareness sebanyak yang mungkin. Semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan amin," serunya.

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak RM6 juta berjaya dikutip untuk disalurkan ke tabung Cinta Gaza Malaysia.