Hiburan

Hasilkan Kod QR Sendiri, Peniaga Kecil Boleh Banteras COVID-19 Guna Platform Terbaru Ini!

gempak
Hanafis Haris
28/05/2020
07:09 MYT
Sponsor Banner
Hasilkan Kod QR Sendiri, Peniaga Kecil Boleh Banteras COVID-19 Guna Platform Terbaru Ini!
Perkara paling penting ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ini pastinya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
Jika masuk mana-mana premis, sebagai pelanggan kita wajib untuk menulis maklumat diri dan memeriksa suhu.
Namun, adakalanya masih ada premis terutama peniaga kecil dan sederhana gagal berbuat demikian.
Lebih teruk lagi, pen yang digunakan juga telah disentuh ramai orang sekali gus terdedah dengan penularan wabak virus.
Menyedari permasalah ini, satu platform pengimbasan QR telah dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan.
Platform dikenali sebagai Whizzl ini telah memperkenalkan sistem 'Pengurusan Pelawat Perniagaan' sebagai penyelesaian untuk meringankan beban pemilik perniaga ketika pandeik COVID-19.
Menurut Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Whizzl Ken Wong, peniaga hanya akan diminta untuk membuat komuniti mereka sendiri dan menghasilkan kod QR untuk pelanggan mengimbas.
"Pelanggan mengimbas kod QR melalui aplikasi Whizzl, iaitu nama, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel mereka akan diisi secara automatik dan semua data akan disimpan dalam sistem backend yang dapat dieksport bila diperlukan.
"Sekiranya berlaku kecemasan yang berkaitan dengan wabak tersebut, pemilik perniagaan dapat memberitahu pelanggan dengan cepat dan bertindak sewajarnya.
"Pelanggan mengimbas kod QR melalui aplikasi Whizzl, iaitu nama, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel mereka akan diisi secara automatik dan semua data akan disimpan dalam sistem backend yang dapat dieksport bila diperlukan.
"Sekiranya berlaku kecemasan yang berkaitan dengan wabak tersebut, pemilik perniagaan dapat memberitahu pelanggan dengan cepat dan bertindak sewajarnya," katanya.
Tambahnya, Whizzl adalah platform maklum balas sosial berdasarkan lokasi yang dibina berdasarkan komuniti.
"Ini memastikan bahawa semua maklum balas ditujukan kepada orang yang berkenaan sehingga dapat diuruskan
"Aplikasi Whizzl sesuai digunakan di semua perniagaan termasuk, harta tanah, NGO, universiti dan juga oleh agensi kerajaan," katanya.
Untuk rekod, plaform Whizzl idtubuhkan oleh sebuab syarikat tempatan yang terlibat dalam kajian dan penyelidikan sejak tahun 2018.
Di Malaysia, Whizzl diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 syarikat pengasas yang berjaya pada Maxis Market Access Day 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024