Laman Utama

“Hati-Hati Monyet, Jangan Lalu Depan DG Lepas 12am” - Dhabitah Sabri Sambung Pengajian Di UKM, Netizen Titip Pesan

Azwa Rahman
04/10/2021
09:35 MYT
Atlet terjun papan anjal negara Nur Dhabitah Sabri bakal melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang komunikasi media.
Menerusi laman sosial Facebook UKM, mereka berkongsi berita baik tersebut untuk tatapan umum.
“Tahniah buat Nur Dhabitah Sabri, atlet Olimpik negara atas kemasukan ke UKM Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,” tulis mereka di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan tahniah dan berharap Dhabitah akan lulus dengan cemerlang dalam pengajiannya.
Tidak kurang juga ramai alumni UKM yang mengalu-alukan kehadiran Dhabitah dengan pelbagai kisah di universiti tersebut.
Dari UiTM saya sanggup pindah ke UKM,” tulis seorang wargamaya.
Tahniah Nur Dhabitah sebagai mahasiswa baru UKM. Sekurang-kurangnya ada satu lagi kursus pelengkap untuk menambah baik bidang kerjaya anda. Semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi,” ucap seorang wargamaya.
Confirm ramai peminat ni...dari kalangan pensyarah lelaki,” usik seorang wargamaya.
“Jauhi air gedegang RM1 kat UKM. Merata tempat meracuni warga UKM minum manis,” luah seorang wargamaya.
Tahniah bitah..selamat menjadi warga FSSK UKM,” ujar seorang wargamaya.
Hi junior… FSSK tu ada bilik mayat tau,” usik seorang wargamaya.
Hati-hati dengan monyet UKM ye. Lagi satu jangan lalu depan DG lepas pkul 12 malam,” pesan seorang wargamaya.
Yang pasti UKM akan semakin popular dan ceria tapi jangan ramai pula yang senyum dan sengeh sendiri,” komen seorang wargamaya.
Yeay!! Tak sabar nak tengok Bhitah maki hamun SMP masa nak daftar citra,” kata seorang wargamaya.
Okay la tu dia target nak jadi wartawan sukan pulak. Lagipun ramai je atlet yang jadi wartawan sukan,” sokong seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kedudukan UKM Melonjak Ke-138 Dalam QS WUR

gempak
05/06/2024
14:55 MYT
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya melonjak kedudukan ke-138 dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2025, yang diumumkan hari ini.
Hiburan

Tak Menggelupur Respons Isu & Kontroversi, Ini Cara Neelofa & Awal Ashaari Tangani Krisis! - "Pantas Jawab Mungkin Dipengaruhi Emosi"

gempak
17/01/2024
05:55 MYT
Selebriti popular, Neelofa dan Awal Ashaari sependapat artis tidak perlu terburu-buru untuk memberikan respons sekiranya berhadapan dengan krisis.
Laman Utama

Dr. Idzu Lakar Sejarah! Jadikan UKM Universiti Pertama Gunakan Teknologi 3D Bioprinting Terkini - "Saya Harap ..."

gempak
15/12/2023
03:40 MYT
Serah dua unit mesin 3D Bioprinter bernilai RM450,000 kepada Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Big Stage 2023

#BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'

gempak
04/06/2023
01:55 MYT
Aina Abdul kata pakaian yang dipakai sebahagian daripada brandingnya.
Laman Utama

Kontinjen Malaysia Gah Pada Majlis Pembukaan Sukan SEA Hanoi, Nur Dhabitah Berbaju Puteri Perak Tarik Perhatian!

gempak
12/05/2022
23:14 MYT
Jangan lupakan pakaian tradisional kita.