Pelakon Tiz Zaqyah akui masih belum bersedia untuk bercinta dengan mana-mana lelaki selepas berpisah hampir setahun lalu.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 29, berkata, kehidupannya kini lebih tenang dan dia yakin dengan ketentuan jodoh buat dirinya.

"Ini merupakan kali pertama saya single terlalu lama tetapi bukan bermaksud saya masih tidak dapat melupakan kekasih lama.

"Saya selesa dengan kehidupan sekarang kerana hidup saya lebih tenang dan tidak pening kepala untuk menjaga hati pasangan.

"Buat masa sekarang biarlah saya fokus dulu dengan kerjaya kerana saya percaya bahawa jodoh itu akan sampai juga nanti.

"Lagi pun pada zaman sekarang ramai sahaja wanita yang berkahwin lambat jadi perkara itu tidak akan memberi sebarang tekanan buat saya," katanya kepada Astro Gempak.

Tiz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Memori Pajeri Nanas, di GSC Signature @ The Gardens, Petaling Jaya, pada Rabu.

Bercerita mengenai filem Memori Pajeri Nenas, Tiz berkata, dia tertarik dengan jalan cerita yang berbeza dari lakonannya sebelum ini dan bersyukur kerana digandingkan dengan Alif Satar dan Siti Saleha.

"Jalan cerita dalam filem ini sangat menarik kerana apa yang cuba disampaikan oleh pengarah dekat dengan kehidupan masyarakat kita dan watak yang dibawakan ini berbeza dengan watak-watak yang pernah saya bawa sebelum ini.

Memori Pajeri Nenas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif(saluran 480) mulai 20 Julai depan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi