Hiburan

Hazama Mahu Segera Timang Anak

gempak
Kamaruddin Razal
18/01/2017
06:38 MYT
Sponsor Banner
Hazama Mahu Segera Timang Anak
Pemenang program realiti Akademi Fantasia musim ke-9 yang popular dengan lagu Sampai Mati, Hazama mahu segera menimang cahaya mata.
Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 33, mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Genervie Kam Shi Ling, 37, pada 15 Januari lalu di Orchid Villa, Gombak.
“Soal anak adalah kurniaan rezeki Yang Maha Esa untuk pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Kalau ada rezeki saya dan isteri, lagi cepat lagi bagus.
“Saya bersama isteri tiada sebarang perancangan dan tidak kisah bilakah masanya untuk kami bersama-sama menimang cahaya mata. Kalau dapat anak dengan kadar segera saya terima dengan penuh kesyukuran,” kata Hazama.
Dalam pada itu, Hazama dan Genervie juga bakal mengadakan tea ceremony mengikut adat kaum Cina untuk meraikan perkahwinan mereka.
“Selain majlis pernikahan dan resepsi mengikut adat Melayu, kami juga merancang untuk meraikan majlis ini mengikut adat kaum Cina. Mungkin kami akan mengadakan tea ceremony untuk meraikan perkahwinan kami.
“Memandangkan saya sibuk dengan Anugerah Juara Lagu 31, semuanya belum dirancang lagi. Kami menyerahkan perkara tersebut kepada ibu mertua saya untuk menguruskannya,” katanya lagi.
Hazama bersama The Penglipurlara bakal beraksi membawakan lagu Di Amaran Mama di pentas Anugerah Juara Lagu 31 pada 22 Januari jam 9.00 malam di TV3.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram @cubicfoto
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live