Isteri kepada penyanyi Hazama, pemuzik Genervie Kam mendedahkan suaminya tidak tahu bilakah tarikh dirinya memeluk agama Islam.

“Sebenarnya, saya sudah lama memeluk agama Islam. Saya sudah melakukan perkara tersebut sekitar tahun lalu di pertengahan tahun 2016 selepas selesainya program Mentor Milenia.

“Hazama sendiri pun tidak tahu bilakah waktunya saya memeluk Islam. Saya beritahu Hazama berita ini sebagai satu kejutan untuk dirinya,” kata Genervie.

Tambah Hazama, walaupun isterinya sudah memeluk agama Islam, Genervie masih mengekalkan nama sebenarnya, Kam Shi Ling.

“Isteri saya masih mengekalkan nama sebenarnya. Bagi saya, nama hanya sekadar nama dan perkara tersebut tidak penting kerana tidak melambangkan apa-apa pun. Apa yang penting, isteri saya sudah memeluk agama Islam dan hatinya masih sama seperti dahulu,” kata Hazama.

Dalam pada itu, Hazama dan Genervie masih tidak mempunyai sebarang rencana untuk berbulan madu selepas berkahwin.

“Saya dan isteri akan sama-sama sibuk selepas ini. Kami belum lagi mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu. Pada hujung minggu ini, kami akan terlibat dengan Anugerah Juara Lagu 31.

“Selepas itu, saya pula akan sibuk dengan Mentor Milenia musim terbaru sehingga bulan Mei. Pada bulan Jun pula, umat Islam sudah mula berpuasa. Mungkin kami akan hanya berbulan madu di backstage AJL nanti,” seloroh Hazama mengakhiri perbualan.

Hazama bakal beraksi membawakan lagu Di Amaran Mama di pentas Anugerah Juara Lagu 31 pada 22 Januari jam 9.00 malam di TV3.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Syukur alhamdulilah diatas limpah kurniaNYA.. Pada 15/1/17 sy sah menjadi suami kepada @generviekam . Di sini sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga kepada @feldadsaji sponsor majlis akadnikah dan majlis resepsi sy, makanan yang sedap.. Vanue yg cantek.. Suasana tenang di Orchard Villa.. Tetamu yg hadir pun suka suasana majlis di villa tersebut.. Terima kasih yg tidak terhingga kepada semua kaki tangan dsaji katering moga tuhan saja balas jasa kalian.. Sy juga ingin ucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga kpd @ayusamsudin_decor kerana bertungkus lumus menyiapkan dekorasi yg cantek dlm masa yg suntuk. Pelamin yg cantek.. Yg paling sy suke ialah wang hantaran yg digubah menjadi bunga.. Yg paling penting mak sy suke gila dgn semua dekorasi kat tempat tu.. Tengkiu ayu.. Semoga tuhan yg membalas jasa ayu sekeluarga sbb semua ni ayu buat free utk sy.. Sy tak tau nak balas cane.. Nak gubah tak reti ??.. Takpe nanti sy ngan gen belanja makan laksa siam.. Pada majlis sebelah malam pulak sy memakai pakaian yg di sediakan oleh @lunaeldora .. Pehhh selama sy hidup .. Ni lah baju yg sy pakai sy rasa sy hensem.. Tak tau nape.. Mungkin aura baju pengantin kot.. Tp sy rasa ia bukan sbb aura tu ia disebabkan oleh kepakaran kak alia yg jahit baju sy last minit tanpa fitting.. Pehh cun cun je terletak kat badan sy.. Tengkiu kak alia.. Tapi yg paling paling penting.. Yg paling bertanggung jawab diatas ape yg terjadi adalah @teukuaimanyuhyi. Tanpa beliau semua yg diatas tidak akan berlaku.. Tanpa beliau perkahwinan sy pasti berlangsung di ofis tok kadi je..tanpa beliau blom tentu sy leh nikah 15hb jan 2017. Senang cite dia lah org kuat sy dlm menyiapkan masjid yg sy nak bina.. Semoga allah membalas jasa sahabat sy aiman dan semua yg terlibat., tidak lupa juga pada sahabat sahabat yg lain yg membantu, yg hadir bg memeriahkan majlis sy. Tak lupa juga kpd (Alan) @cubicfoto & @blastphere_ventures terima kasih

A video posted by Mr hazama Ahmad azmi (@mrhazama1) on