Gegar Vaganza 9

Hazrul Nizam FC Sanggup Ulang Alik Singapura-KL Tiap-Tiap Minggu! - "Juara? Kami Hanya Mampu Berdoa..."

Amri Hassan
27/11/2022
03:50 MYT
"Juara? Terlampau ramai juri GV9 ini. Kami hanya mampu berdoa, yang terbaik untuk Hazrul. Kita tahu persaingan amat sengit tahun ini," demikian kata-kata wakil kelab peminat Hazrul Nizam FC, Faathimah Fakruddin yang teruja menantikan pertarungan pentas akhir GV9 pada Ahad ini.
Tambah Faathimah, pengorbanan kelab peminat penyanyi kelahiran Singapura itu tidak ternilai jika dibandingkan dengan tekanan yang dilalui Hazrul sepanjang 10 minggu di GV9.
Hazrul Nizam FC percaya, idola mereka akan melakukan sehabis baik dalam saingan menentang lima lagi pencabar lain iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok dan kumpulan VE.
"Hazrul berkebolehan untuk membuat sesuatu lagu seperti lagunya sendiri. Itu yang paling unik tentang Hazrul sepanjang berada di pentas GV9.
"Namun, bagi kami, minggu paling mendebarkan adalah ketika Hazrul menerima tugas menyanyikan lagu berbahasa Cina, Yue Liang Dai Biao Wo De Xin pada minggu keenam.
"Lagu cina tu yang asli tidak berapa sesuai untuk pentas Gegar Vaganza kerana tempo yang sangat perlahan. Tetapi dia dapat mengubahsuai seluruh lagu itu menjadi persembahan yang membuka mata," ujarnya.
Faathimah akui, Hazrul seorang artis yang tenang dan akan sentiasa menghargai peminatnya biarpun penat. Terbukti setiap kali usai konsert mingguan GV9!
"Hazrul sangat hargai peminat-peminatnya. Jadi tiap kali dia berjumpa dengan peminat, dia akan bersembang santai dan selalu tersenyum.
"Kadangkala, peminat akan memberikan cadangan untuk tugasan minggu-minggu berikutnya.
"Syukur Alhamdulillah, Hazrul ada penaja yang amat percayai kebolehan dia dan memberi sumbangan sebelum minggu pertama.
"Untuk supporter Hazrul, kebanyakannya datang dari Singapura, jadi tiap-tiap minggu akan ke KL untuk memberikan sokongan padu," tambahnya.
Berkongsi kisah menarik sepanjang 10 minggu menyokong Hazrul Nizam untuk GV9, Faathimah berdepan dugaan ketika perjalanan mereka terganggu disebabkan keadaan trafik sesak yang luar biasa.
"Hazrul Nizam FC ditubuhkan waktu pengumuman tentang Hazrul menyertai GV9. Jadi banyak yang kami tempuhi juga.
"Pernah sekali van untuk ke KL lambat 2 jam! Kami risau tak dapat berada di KL pada waktu yang sepatutnya.
"Selalunya kami bergerak ke KL pada hari minggu itu juga, jadi sangat mengantuk waktu di MBSA. Tapi tetap kami kuatkan semangat demi Hazrul," ceritanya.
Harapan Hazrul Nizam FC agar bintang kesayangan mereka memberikan saingan sehabis baik dan membuktikan mampu berdiri setanding dengan kelima-lima finalis lain.
"Kami sangat bangga dengan Hazrul. Dia telah menunjukkan kebolehan menyanyi bukan sahaja pada nota yang tinggi, tetapi nota-nota yang rendah.
"Kebolehannya untuk menukarkan lagu tanpa keterlaluan dan tetap sedap didengari amat dikagumi. Insya-Allah doakan yang terbaik buat Hazrul Nizam!" tutupnya.
Pentas akhir GV9 bakal menyaksikan Hazrul Nizam berentap dengan Bob Yusof dalam pusingan battle menerusi lagu Ice Ice Baby (Vanilla Ice) & Swipe (Alyph).
Untuk cabaran lagu solo, Hazrul akan menyanyikan lagu Crazy (Ginar) dan Terlanjur Cinta (Hael Husaini & Cakra Khan).
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”

gempak
23/07/2024
21:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ajai memuat naik video yang memaparkan Hafiz melaksanakan latihan nyanyian dengan mendendangkan lagu Ku Akui di studio.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Berita

“Saya Tak Nak Minta Ampun, Saya Minta Hukum Gantung Sampai Mati Sahaja. Terima Kasih” – Lelaki Bunuh Teman Lelaki Isteri

gempak
18/07/2024
00:10 MYT
Didakwa membunuh teman lelaki isterinya 11 tahun lalu, seorang warga Singapura memohon supaya Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya.
the-hardest-singing-show

THSS: Dapat No.3, Stacy Mohon Maaf Kecewakan Peminat - "Mereka Harapkan Saya Juara"

gempak
16/07/2024
02:55 MYT
Pemenang tempat ketiga The Hardest Singing Show pada musim pertama, Stacy meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat merebut gelaran juara.
Hiburan

Hannah Delisha Lancar Lagu Selepas Keguguran - "Akan Tiba Lagu Motivasi Tentang Harapan & Kekuatan"

gempak
15/07/2024
17:55 MYT
Kali terakhir penyanyi dan pelakon Hannah Delisha muncul dengan single adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah.