Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“He's Finally Coming Back!”- Tak Sabar, Lagi Dua Hari Lee Min Ho Tamat Latihan Tentera

Mya Amri
23/04/2019 12:00 MYT
Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho bakal menamatkan latihan ketenteraannya yang dijadualkan pada Khamis ini.
 
Berita itu disahkan oleh agensinya, MYM Entertainment menerusi kenyataan rasmi sebentar tadi.
 
“Min Ho bakal menamatkan latihan ketenteraan secara biasa sahaja tanpa sebarang majlis istimewa,” katanya.
 
Dalam pada itu, berita gembira itu ternyata membuatkan peminatnya tidak sabar untuk menyambut kepulangannya selain menantikan projek terbaru aktor kacak itu.
 
“He's finally coming back. For some reason his service seemed to last forever. I hope he does well as the industry has had a lot of changes since he enlisted,” komen @myeuphoria
 
Terdahulu, Min Ho telah menjalani latihan khidmat ketenteraannya sejak 12 Mei 2017 di Suseo Social Welfare Center bertempat di Daerah Gangnam sebagai Pegawai Khidmat Masyarakat.
 
Min Ho kemudiannya menjalani latihan di Pusat Latihan Tentera Korea yang terletak di Selatan Nonsan, Wilayah Chungcheong pada 15 Mac 2018.
 
Foto: Soompi, Allkpop
 
#Lee Min Ho #Artis Korea