Drama Korea popular lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin berjudul ‘Crash Landing On You’ telah pun berakhir semalam.

Menariknya, rating bagi episod akhir drama berkenaan telah berjaya mengalahkan drama terkenal Goblin sekaligus mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah saluran tvN.



Menurut laporan Nielsen Korea, episod akhir ‘Crash Landing On You’ telah mencapai sebanyak 24.1 peratus manakala rekod tertinggi Goblin pula adalah 20.5 peratus pada Januari 2017.

‘Crash Landing On You’ sebelum ini mendapat perhatian penonton kerana jalan cerita dan juga keserasian pelakon utamanya.

BACA: Tiada Song Song Couple Kedua, Agensi Nafi Hyun Bin Dan Son Ye Jin Bakal Berkahwin

BACA: Dakwaan Putus Cinta & Berkahwin Dengan Son Ye Jin, Hyun Bin Ambil Tindakan Undang-Undang

Terdahulu, disebabkan keserasian mereka, Hyun Bin dan Ye Jin disangka menjalinkan hubungan cinta di luar lokasi.

Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh agensi masing-masing.