Drama rantaian popular Hati Yang Dikhianati terus bergolak dengan plot kisah yang tidak terjangka.
Namun, di sebalik cerita pasti ramai yang ingin mengenali lebih lanjut watak-watak dalam drama arahan Bade Azmi ini.
Jom, Gempak kongsikan heroin yang menawan kalbu dalam Hati Yang Dikhianati.
1. Athira (Cik Puan Syamim Farid)
Athira merupakan anak bongsu kepada Datuk Ghafar. Wanita cantik ini juga merupakan tunangan Elyas selama dua tahun. Mereka sudah lama bersama tetapi Elyas sentiasa mempunyai skandal luar pengetahuan Athira. Athira merupakan rakan rapat Bella. Mempunyai isu anxiety yang teruk akibat perhubungannya dengan Elyas.


In real life: Mantan pengacara H-Live, masih meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan walaupun sudah berumahtangga. Seorang yang lemah lembut dan peminat dunia fesyen.
Selebriti yang merupakan suri hati kerabat Diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari.
Pemenang tempat kedua Dewi Eemaja 2015 ini juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
2. Syazliana (Mia Nasir)
Anak sulung dalam keluarga. Dia dilihat sebagai ‘the commander’ kerana sifat tegas walaupun kepada suaminya. Apabila memutuskan untuk bekerja, dia berhadapan dengan halangan dalam kerana Adam (majikan) yang jatuh hati dengannya. Mampukah Syaz menahan godaan itu?
In real life: Pembaca buku tegar, Mia Nasir juga menguruskan produk kecantikan rambut bersama adik beradiknya. Ini merupakan telenovela ketiga lakonan Mia Nasir selepas Lara Aishah & Dendam Aurora.
3. Baby/Batrisya (Arena Wan Mun-Yi)
Anak bongsu daripada tiga beradik perempuan. Kawan baik kepada Mimi, yang sentiasa memeriksa kewarasannya. Pernah punyai hubungan dengan TJ sebelum mengetahui sikap sebenar TJ. Tidak tahu apa yang dia mahu selain marahkan adik-beradik dan memberontak terhadap abangnya, Iskandar. Sensitif dan cepat merajuk.


In real life: Mantan finalis Dewi Remaja 2018/2019, Arena berdarah kacukan Cina dan Melayu. Terkenal dengan watak LaiChee di sitcom SMK (ASTRO CERIA).
Berbakat dalam bidang muzik dan mampu memainkan alat muzik seperti piano, gitar dan ukelel. Bakal menyambut ulang tahunnya tidak lama lagi iaitu pada 16 Disember ini.
4. Lisa (Isyariana)
Anak kedua dalam keluarga dan merupakan seorang yang tegas namun paling lemah lembut berbanding Syaz dan Baby. Lisa pernah patah hati di awal cerita sebelum bertemu dengan Elyas. Lisa bekerja sebagai jururawat dan dan dalam masa yang sama merupakan pelajar separuh masa. Seorang yang gigih, Lisa kerap mengambil nasihat dan pelajaran dari Dr Aman.


In real life: Isyariana merupakan mantan pelajar Akademi Fantasia. Minat utamanya ialah menyanyi, dan sepanjang PKP Isyariana juga banyak terlibat dalam kelas kelas mengaji.
Isyariana dikenali di set sebagai seorang yang boy-ish, dan menurut pengarah Bade Azmi, dia seorang yang sangat berbakat, berdisiplin dan mempunya potensi masa hadapan.
Isyariana juga merupakan pemenang Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular 33 dan menyanyikan lagu tema Hati Yang Dikhianati.
5. Bella (Afifah Nasir)
Bekas teman wanita Samir. Seorang yang sangat berdikari dan mempunyai sebuah kafe. Berminat dengan Iskandar tetapi malangnya Iskandar merupakan suami orang.


In real life: Adik kepada Anzalna Nasir dan juga seorang model. Juga merupakan pelakon telenovela Lara Aishah. Pernah tercalon sebagai Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 2017.
6. Maria (Mona Allen)
Isteri kepada Iskandar. Dibesarkan tanpa tempat tinggal, didera oleh keluarga toksik. Berjiwa kuat dan tahu apa yang dia mahu serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.
Maria melihat Elyas sebagai eskapisme kehidupannya sekarang kerana dia sudah muak tinggal sebumbung dengan adik-adik Iskandar dan cemburu dengan kasih sayang suaminya terhadap adik-beradik itu. Maria bekerja sebagai pegawai pemasaran untuk syarikat Iskandar dan Ngah Hussin.


In real life: Bermula sebagai hos dan pelakon iklan, gadis kelahiran Sarawak ini bukanlah nama asing di dunia drama Panjang Astro Prima (Mona Lisa).
Mona Allen terkenal di era-90an gara-gara iklan sebuah syarikat telekomunikasi. Mona Allen merupakan isteri kepada pelakon dan pemeran teater terkenal Pekin Ibrahim.
7. Nurse Rubi (Najua P Ramlee)
Jururawat dan rakan baik Lisa. Kelakar dan sangat bubbly. Dia juga merupakan seorang sahabat dengan hati yang sangat baik. Rubi kerap sekali menenangkan hati lisa dan menasihatinya dalam perihal peribadi. Nurse Rubi cukup tak suka dengan pengarah hospital yang sering membuli Lisa.


In real life: Salah seorang peserta of All-Together Now Malaysia. Merupakan cucu kepada semiman agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Najua merupakan anak kepada satu-satunya zuriat kandung Allahyarham P. Ramlee iaitu Allahyarham Mohd. Nasir yang telah meninggal dunia pada 17 Disember 2008 pada usia 55 tahun.
Saksikan Drama adaptasi telenovela popular Mis Tres Hermanas ini yang disiarkan menerusi slot Tiara Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang.
Hati Yang Dikhianati dibintangi oleh Isyariana, Amar Baharin, Malek Mccrone, Mona Allen, Zamarul Hisham, Shah Iskandar dan Mia Nasir.