Filem Syif Malam Raya (SMR) terbitan Ray Theme Sdn Bhd dan edaran United Studios berjaya melakar sejarah tersendiri apabila mengutip RM1.6 juta pada empat hari tayangan di Astro First.

Ini membuktikan dengan strategi pemasaran yang baik, Astro First adalah platform pilihan untuk menayangkan filem dan mampu meraih kutipan seperti di pawagam.

Sejak ditayangkan 21 Mei lalu, filem ini mendapat respon yang baik dari peminat filem tempatan. Malah, ramai yang menyatakan rasa teruja menonton lakonan pertama Selebriti Youtube Yoe Pare, Asif Suhaimi dan Syahmi Sazly.

SMR turut menampilkan barisan pelakon popular seperti juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, bintang media sosial, Yoe Pare, Asif Suhaimi, Syahmi Sazly, pelawak terkenal Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, serta pelakon handal Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia dan Shiela Mambo.

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, Astro sentiasa berusaha untuk memastikan dan menjamin kepuasan penonton.

“Kami di Astro sentiasa mencari langkah baharu untuk memastikan penonton dapat menikmati filem tempatan ketika PKPB.

“Ternyata dengan adanya platform Astro First, sesebuah filem itu tetap dapat dinikmati dan mendapat sambutan yang hangat,” katanya.

Tambahnya lagi, Astro Shaw terus membuka pintu kerjasama dengan semua penerbit filem yang ingin memasuki Astro First.

RM 1.6 JUTA DALAM MASA 4 HARI TAYANGAN, Syif Malam Raya kini di pawagam rumah anda, Astro First. Terima kasih kepada semua yang sudah menonton Syif Malam Raya. Bagitahu rakan korang untuk layan Syif Malam Raya sekarang! . Check in bersama seisi keluarga anda dengan filem pecah perut pada musim raya ini SYIF MALAM RAYA. Sebuah filem komedi horror yang pasti mengeratkan anda sekeluarga. Syif Malam Raya dibawakan oleh Astro Shaw, kini di Astro First saluran 480, Di pawagam Rumah Anda. . @akueatu @reenrahim @yoe_parey @sharif_zero @syaiful_zero @ropie_sryn_ @asifsuhaimi02 @syahmisazli @saifulapek @azleesenario @danialzain1 @sheilahassan @emeldarosemila @nadia.brian @lia_natalia @anissafaizul . #SyifMalamRaya #SMR #RayaTetapOnz #DiaAdaDimanaMana #IndahkanSenyuman #EratkanJalinan #RayaOnline #AstroFirst #dipawagamrumahanda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Manakala segala aktiviti publisiti dan pemasaran secara meluas akan dibuat oleh Astro Shaw sama seperti filem-filem terbitan mereka.

Di samping SMR, filem Manap Karaoke masih ligat ditayangan di platform yang sama. Turut menanti tayangan dua buah filem Ada Apa Dengan Dosa dan Town Mall.

Bagi pihak penerbit Ray Theme Sdn Bhd, Ahmad Fuzi Mansor memanjatkan rasa syukur diatas filem ini.

“Sebagai filem sulung terbitan Ray Theme Sdn Bhd, saya bersyukur dengan sambutan luar biasa untuk filem SMR dari penonton di Astro First.

“Walaupun pada asalnya filem ini dijadualkan untuk tayangan di pawagam, pihak kami redha dengan situasi semasa. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua artis, karyawan, krew penerbitan, pengedar serta pihak Astro sehingga filem ini menjadi satu fenomena dalam era norma baru bagi tayangan sesebuah filem,” ujarnya.

Menurutnya lagi yang paling utama, terima kasih kepada kesemua penonton yang telah melanggan filem ini. Sesungguhnya kejayaan ini memberi kami semangat untuk terus menerbitkan filem-filem yang menghiburkan.

Kisah SMR bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.

Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam Raya filem arahan Dato’ Profesor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen, buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 yang telah pun ditayangkan sejak 21 Mei 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.