gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hefny Sahad Bercinta Dengan Uqasha Senrose?

Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
27/01/2017
10:27 MYT
Sponsor Banner
Hefny Sahad Bercinta Dengan Uqasha Senrose?
Miss K mendapat panggilan dari seorang rakan yang bernama Edora. Kata Edora, dia terdengar khabar yang mendakwa pengacara Hefny Sahad sedang rapat dengan aktres Uqasha Senrose.
Definisi rapat yang dimaksudkan Edora ialah mereka kini sedang bercinta. Pada mulanya, Miss K langsung tidak percaya. Eh, biar betul? Kenapa tiba-tiba boleh rapat pula?
Nak cakap pernah berlakon sekali, setahu Miss K, tak pernah pula. Atau Miss K yang tak perasan? Menurut Edora, Hefny dan Uqasha kini memang sedang angau.
Menguatkan lagi dakwaan, Edora menghantar screenshot Uqasha meninggalkan komen di laman Instagram Hefny.
Dalam gambar tersebut, Hefny bergambar bersama aktres Diana Danielle dan dua orang pelakon lain. Hefny berdiri agak rapat bersebelahan Diana dan Uqasha meninggalkan komen berbunyi “rapatnya”.
Amboi, dah macam komen seorang teman wanita yang cemburu-cemburu manja dengan teman lelakinya pulak!
Miss K pun terus membuka laman Instagram Hefny. Dakwaan Edora seakan benar sebab Hefny pun rupanya ada memuatnaik fotonya bersama Uqasha! Sweet sungguh foto tersebut.
Namun begitu, Miss K ada melihat semula gambar Hefny bersama Diana dan di foto tersebut, komen Uqasha telah pun dipadamkan.
Sebelum ini, Hefny pernah terpalit dengan kontroversi cinta tiga segi antara Nad Zainal dan Azwan Kombos. Nad dan Azwan pun masing-masing dah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan mereka, tinggal Hefny sahaja masih solo.
Uqasha pun pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang kerabat, tetapi Uqasha enggan memberi ulasan lanjut mengenai perkhabaran tersebut.
Jika benar dakwaan ini, Miss K harap hubungan Hefny dan Uqasha menjadilah ya. Ramai yang tak sabar menanti nasi minyak Hefny dan Uqasha!
Miss K: Persaingan Duo Star dah memasuki peringkat separuh akhir! Semakin hangat pertembungan antara pasangan duet ini. Jangan lupa saksikan Duo Star setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!
Topic Berkaitan
#Miss K
#Uqasha Senrose
#Miss K
#Hefny Sahad
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement