Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Heidi Klum Suka Berpakaian Seksi, Bangga Tayang Badan : “Saya Hanya Mahu Bergembira”

Maliah Surip
08/11/2024 14:55 MYT
Bintang Hollywood Heidi Klum sudah berusia 51 tahun dan dia mengaku masih gemar berpakaian seksi serta mempamerkan bentuk tubuhnya.

Menurut Klum, sebagai seorang wanita dirinya sangat gemar bergaya. Justeru dia akan memakai semua jenis pakaian dan memastikan penampilannya selalu menarik.

Dia juga tidak segan untuk berpakaian mencolok mata seperti menampakkan lurah payu dara atau menyarung skrit mini dan gaun bersama stoking dan kasut tinggi.

“Saya tidak segan untuk menampilkan sisi feminin saya. Saya juga akan pakai apa sahaja sama ada nampak lurah dada atau stokin jaring.

“Tapi penampilan begitu tidak memberi makna saya senang dibawa pulang oleh sesiapapun,” katanya seperti dilaporkan UsMagazine.

Klum juga menyifatkan sebagai wanita adalah hal wajar untuk selalu kelihatan menarik terutama dalam berfesyen.

“Mengapa tidak? Saya hanya mahu bergembira dan menampilkan badan saya. Ini personaliti saya. Tapi saya tetap ada limitasi,” katanya lagi.

Sepanjang pembabitan sebagai seorang model, Klum sentiasa menjadi rebutan dan sehingga kini masih menjadi wajah utama produk pakaian dalaman wanita terkenal dunia, Victoria Secret.
#pelakon #Heidi Klum #Viral #Hollywood #Model #Badan
;