“Hello Bini Kat Sebelah Ni”- Wawa Rakam Video Aeril Zafrel Diserbu Awek Korea

Syafiqah Jalal
Januari 18, 2018 02:38 MYT
Pelakon Aeril Zafrel menjadi tumpuan wanita Korea ketika sedang bercuti bersama isteri, Wawa Zainal dan anak-anak di sana.
Wawa Zainal menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video Aeril bersama beberapa wanita Korea yang mahu bergambar dengannya.
Wawa memberitahu sepanjang mereka di sana Aeril bukan sahaja menjadi tumpuan wanita Korea malah kaum lelaki di sana yang tertarik dengan ketampanan wajah suaminya itu.
Pun begitu Wawa pelik mengapa ramai yang ‘geram’ melihat suaminya itu hingga teruja untuk bergambar.
Sedikit cemburu dengan suaminya, Wawa dengan berseleroh berkata:
“Hello bini dia kat sebelah ni,” tulisnya
Rata-rata peminatnya berpendapat imej Aeril yang berjambang itu mungkin menjadi tarikan orang Korea kerana lelaki di sana sukar dilihat begitu.
Foto/video: Instagram @w4w4_zainal
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Kpop #Pelakon