“Hello... Kau Yang Buat Dia Mengandung!” - Ummi Nazeera

Syafiqah Jalal
Julai 23, 2018 04:30 MYT
Pelakon Ummi Nazeera meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah kaum lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Menerusi perkongsiannya di Instagram (IG) Ummi menceritakan situasi di sebuah restoran apabila ternampak seorang isteri bersusah payah menjaga tiga orang anak sedang suaminya hanya duduk dengan senang menikmati makanan.
“Kadang- kadang saya rasa sangat sedih tengok mak-mak di restaurants sibuk layan anak 2-3 orang makan, sedang suami buat tak tahu dan senang lenang makan sendiri.
“Erre hellooo... kau yang buat dia mengandung. Itu anak kau juga. Ambil lah sedikit tanggungjawab,” tulisnya.
Menurut Ummi dia bertuah kerana suami seorang yang sangat membantu dan menjaganya dengan baik.
“Alhamdulillah setakat ini saya dan suami saling menjaga antara satu sama lain jika salah seorang dari kami jatuh sakit.
“Tapi yeah lah...itu kan sunnah untuk suami membantu kerja rumah dan menjaga anak-anak,” luahnya lagi.
Rata-rata pengikut IGnya bersetuju dengan pendapat Ummi dan harap ramai suami sedar akan tanggungjawab mereka.
Foto: IG Ummi Nazeera
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Ummi Nazeera #Hamil #Hamil #Pelakon #Artis #Suami