Laman Utama

Hello Pemain Amatur PUBGM! Why Not Cuba Sertai Telur Mata Cup & Menang RM50,000!

Mya Amri
20/11/2022
09:45 MYT
Hello gamers! Ada berita baik buat anda semua mana tahu rezeki silap-silap boleh menang RM50,000.
Sertai pertandingan Telur Mata Cup dari eGG Network yang menawarkan hadiah terkumpul RM50,000 dan tiket ke PUBG Mobile Malaysia National Championship 2022.
Pemain PUBG Mobile Malaysia berpeluang untuk sertai liga kejohanan yang dibawakan khas oleh komuniti eGG Network buat kali kedua.
Telur Mata Cup secara rasmi disokong oleh PUBG Mobile Malaysia dan KRAFTON serta LEVEL INFINITE yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM50,000.
Sementara itu pasukan yang menjuarai Telur Mata Cup akan layak ke peringkat kumpulan PUBG Mobile Malaysia National Championship 2022 pada 10-11 Disember secara automatik.
Telur Mata Cup merupakan kejohanan peringkat amatur yang terbuka untuk semua warganegara Malaysia, kecuali pemain atau pasukan PUBG Mobile yang aktif dalam kejohanan profesional di Malaysia ataupun di peringkat antarabangsa.
Pendaftaran adalah percuma dan boleh di daftar dibawah artikel ini.
Pusingan Kelayakan akan berlangsung pada 22 hingga 25 November dan Perlawanan terpilih dari Peringkat Kumpulan (29 hingga 1 Disember).
Manakala semua perlawanan di Peringkat Akhir (3 dan 4 Disember) akan disiarkan secara langsung di halaman Facebook, TikTok dan saluran YouTube eGG TV. Agri Mind, turut bekerjasama dalam acara e-Sukan di Malaysia.
Daftar sekarang dan nantikan hanya di eGG Network untuk maklumat lanjut mengenai Telur mata Cup.
Daftar di: https://forms.gle/yM7wq15skWaYChQg8
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Ramai Anak Muda Mahu Jadikan Idola, Pemain MLBB Sekyss Rasa Diri Belum Layak - “Saya Segan Sebenarnya, Perlu Banyak Belajar Lagi”

gempak
20/07/2024
13:55 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss merasakan dirinya belum layak untuk menjadi idola anak muda yang meminati sukan E-Sport.
Sukan

Jadi Jutawan Muda, Pemain MLBB Sekyss Nasihat Jangan Abai Pelajaran - "Itulah Back Up Plan Kalau Dah Tak Relevan Nanti"

gempak
18/07/2024
04:55 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss tidak pernah terdetik untuk memikul gelaran sebagai jutawan muda selepas pasukannya menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024.
Viral

#GMWA23: “Sebagai Anak Penyu Kami Bangga Dengan Babah!” - Pok Ro Gaming Menang, Peminat Puas Hati

gempak
26/02/2024
14:47 MYT
Tahniah sek Ganu kita.
Laman Utama

Wah Ada Suara Inspektor Sani & Khai! PUBG Mobile Lancar Pek Khas Untuk Polis Evo 3

gempak
12/06/2023
04:29 MYT
PUBG Mobile Lancarkan Pek Khas Untuk Polis EVO 3
Laman Utama

“Siapa Sangka Profesion Tak Masuk Akal Dulu Boleh Diiktiraf" - Dr Say Salute Impak GMWA2022!

gempak
28/02/2023
14:26 MYT
Influencer sekarang dah boleh dikira sebagai profession?