HIBURAN
“Hello, Saya Lagi Cantik Daripada Nilam… Sebab Mata Ini La Azlan Komeng Jatuh Cinta” - Bakal Madu Nur Nilam Ortiz
Wanita berpurdah yang didakwa bakal isteri kedua kepada pelakon Azlan Komeng sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil berkongsi video di TikTok miliknya.
Kutuk mata
Menerusi perkongsian video itu, wanita yang menggunakan akaun Maizila Aini itu menyedari bakal madunya iaitu Nur Nilam Ortiz ada mengutuk matanya dalam siaran langsung (live).
“Saya perhati saja dekat live Nilam. Sama naik dengan netizen, kutuk-kutuk fasal mata saya. cakap saya macam orang tua la, mata seram la.
“Hello, saya lagi cantik daripada Nilam tau. Sebab mata ini la Azlan Komeng jatuh cinta kat saya. Stay dengan saya sampai sekarang,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Maizila berkata dia juga boleh bercakap mengenai Nilam namun memilih untuk tidak melakukannya.
Isteri artis
Tidak pernah berniat untuk menjadi isteri kepada seorang artis, Maizila turut meminta Nilam untuk bertanyakan sendiri kepada Azlan mengapa dia memilih wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Berpurdah Bukan Nur Nilam Ortiz, Berang Dituduh Sengaja Cipta Konten Untuk ‘Marketing’ - “Saya Andaikan Mereka Mungkin Dah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Madu Nur Nilam Kongsi Gambar Dengan Azlan Komeng, Netizen Tak Percaya - “Kenapa Aku Tengok Pandangan Mata Tu…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Madu Datang Serang Dekat Rumah, Adik Nur Nilam Naik Angin - “Dah Suruh Buat Report Polis Tapi…”
“Tak apa la, meroyan la fasal apa saja. Cakap la apa saja, hanya yang tahu saja tahu, Allah ada. Tapi Nilam, awak tahu tak, awak cakap la fasal apa, kutuk saya pun, kalau saya nak cakap fasal awak, boleh.
“Apa saja saya nak cakap fasal awak, tapi saya malas. Sebab mulut saya tak jahat macam mulut awak tau.
“Biarlah orang cakap saya ini penyondol laki orang ke apa ke, saya tak hadap sebenarnya nak jaga isteri seorang artis.
“Tapi awak kena tanya dengan Komeng itu, kenapa kami masih bersama sampai sekarang… tanya dia. Saya dah lama berdiam sebenarnya, lama sangat dah,” ujarnya.
undefined